“Tak apa sayang ‘sana’ ada susu lagi sedap, minum banyak2 tau..” – Wanita Kongsi Kisah ‘Bahagia’ Sempat Bersama Anak 43 Hari Selepas Dilahirkan.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sesungguhnya anak itu merupakan anugerah Allah yang paling berharga dan tak semua orang dikurniakan permata syurga itu.

Malah ibu bapa diluar sana pasti akan memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka dari segi makan, minum, pakaian semuanyalah!

Namun menerusi perkongsian seorang wanita di Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) nikmat bersama anaknya hanya dapat dikecapi buat sementara waktu sebelum permata berharganya itu dipanggil menghadap ilahi.

Wanita ini, Aida Syahafiza Azmi berkata dia hanya dapat bersama anaknya selama 43 hari selepas bayinya itu dilahirkan.

Aida berkata, Doktor mengesahkan bahawa anak keduanya itu , Haris Mirza mempunyai masalah jantung, malah sebelum anaknya meninggal bayinya dijangkiti kuman dalam darah..allahu

Jom kita ikuti kisah wanita tabah ni.

Tak pernah bersama, hanya dapat peluk ketika bayinya sudah kaku..

Assalamualaikum ibu2..saja nak share rasa sedih di hati ..anak istimewa saya anak syurga sy dah meninggal 1/1/2019..and lahir 18/11/18..43 hari pinjaman yg dipinjamkan utk ditatap dibelai dan disyaang.. tak pernah sehari pon sy dapat tidur ngan dia. Tak dapat dah saya peluk dia.. saya hanya peluk lepas anak syurga sy dah meninggal. Kaku tiada da respon.. saya peluk cium puas2 sebab itu yang terakhir untuk saya.

Anak Down Syndrome, masalah jantung dan jangkitan kuman dalam darah..

Anak saya lepas lahir terus admit NICU 14 hari dan 29 hari PCICU..Ada masalah jantung, down syndrome, baby iugr dan yg terakhir beberapa hari sebelum meninggal ada jangkitan kuman kat darah, air kencing, paru-paru dan jantung ada darah beku kat jantung dan kerosakan buah pinggang..pernah buat operation hari ke 14 tapi jantung tetap tidak berfungsi dgn baik..

Sumber : Facebook Aida Syahafiza Azmi

Allah lebih sayangkan anak mama…

Sejak dari lahir mmg berselirat penuh wayar..tak dapat nak peluk..terima kasih sayang mama berjuang melawan sakit2 untuk bersama mama papa selama 43 hari. Terima kasih untuk kenangan sementara yang adik bagi pada mama.. mama dah janji nk jaga anak istimewa mama baik2 tp Allah lebih sayang kan adik.

Adik bebas dah sayang, mainlah dengan kawan-kawan adik di sana..

Untuk putera hati permata hati mama Haris Mirza bin Muhammad suffian..berlari2 la sayang main la dgn kawan2 adik d snaa..tiada lagi wayar2, tiada lagi jarum, tiada lagi mesin, tiada lagi oksigen..adik bebas dah sayang..mama sayang sangat kat adik terima kasih sgt2 adik kuat sangat..adik anak istimewa anak syurga anak baik..gembiralah sayang kat snaa..mama akan jumpa adik satu hari nanti..

Pergilah sayangku mirza…damailah anak mama disana…

Dalam keturunan saya dan husband ini la anak istimewa down syndrome yang pertama dalam family saya.. dah janji sama2 untuk menjaga dengan ikhlas dan nak bg kasih sayang dekat dia. Tapi Allah lebih sayangkan dia lebih dari saya sayangkan dia..Ibu2 doakan saya kuat ..sedih..rindu dia..sangat-sangat rindu..pergilah sayangku mirza..damailah anak mama di sana..

Hari adik meninggal, nurse pulangkan susu yg adik tak sempat mnum. Takpa sayang..sana ada susu lagi sedap..minum banyak banyak tau.”

Allahu..semoga akak terus kuat menempuh hari-hari yang mendatang dan yakinlah yang adik Haris Mirza akan menunggu akan dengan suami di pintu syurga…inshaallah! 

Baca : Uwais adalah hak Allah Detik Memilukan Bapa Ini Sebelum Anak Pertama Baru Lahir Meninggal Dunia

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.