in

Suami Dedahkan Anak Tiri Che Munah Bawa Lari Semua Duit Bantuan?

Suami4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita mengenai Che Munah baru-baru ini tular kerana simpati rakyat Malaysia apabila melihat dirinya menjual asam keping di Pasar Siti Khadijah. Namun begitu, muncul lagi satu isu apabila penghulu Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh buka cerita yang Che Munah ini sebenarnya ada mendapat kutipan dana sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.



Disebabkan itu, ramai netizen yang terkejut dan terkilan apabila mengetahui tersebut. Namun begitu, suaminya Abdullah Jusoh tampil beri keterangan yang isterinya ini bukanlah scam seperti mana yang didakwa orang ramai.

 

Dia pergi menjaja sebab bosan, kami pun dapat bantuan setiap bulan”

Menerusi Harian Metro, Abdullah Jusoh mengakui bahawa mereka suami isteri menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) yang mencukupi untuk kegunaan harian.

Tetapi, menjual asam keping di pasar itu telah menjadi rutin hariannya sejak Che Munah berusia 16 tahun lagi. Dia akan menjual asam keping selama 6 hari seminggu di pasar minggu, pasar tani dan pasar besar Kota Bharu.

Chemunah

“Saya larang pun, dia tetap pergi juga. Dia akan minta bantuan penduduk untuk menghantarnya ke pekan Selinsing, dan kemudian menaiki teksi untuk ke Kota Bharu.”

“Dia keluar menjaja setiap hari kecuali Rabu dan akan pulang ke rumah pada 12 tengah hari,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Banggol Pak Esah,

Kata Abdullah lagi, mereka tidak tahu bahawa kisah Che Munah ini tular kerana mereka tiada telefon bimbit dan ia diketahui selepas mereka dikunjungi oleh beberapa pihak.

Tambahnya, kisah isterinya itu pernah tular dan mereka dapat banyak bantuan.

“Sejak Oktober lalu, kami buat keputusan tak guna kad bank sebaliknya isteri buat buku simpanan dan ambil duit dengan menggunakan cap jari.”

“Saya juga nak terangkan kepada pihak yang prihatin dengan kami, kalau simpati, cukuplah datang jumpa kami sendiri untuk tanya khabar.”

Abdullah juga menafikan mereka tidak cukup makan, malah isterinya sering membeli makanan di kedai makan atau dia yang akan memasak kerana Che Munah tidak berbuat demikian disebabkan faktor usia.

 

Dakwa duit ‘dibawa’ anak tiri sampai beli kereta?

Berikutan dengan kejadian itu, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @umietuyut ada berkunjung ke rumah Che Munah dan Abudullah, pihaknya memujuk Che Munah untuk tinggal di rumah orang tua, tapi Che Munah enggan menerimanya.

@umietuyut

Reply to @aziziyusoff CIKNA @farhanazahra91 PUJUK NAK SURUH G RUMAB ORG ORG TUA TAPI DIA XNAK

♬ original sound – Umie Tuyut – Umie Tuyut

Berdasarkan perkongsian dalam video dibawah, apa yang memeranjatkan lagi adalah suaminya dedahkan bahawa anak tiri Che Muah (anak kandung Abdullah) bahawa semua duit bantuan sebelum ini  diberikan kepada anak tiri Che Munah.

Lebih mengharukan lagi adalah, si anak tiri itu lari selepas duit diberikan dan siap boleh beli sebiji kereta lagi. Allahu!

@umietuyut

NI PART SUAMI DIA CERITA DUIT BANTUAN SEMUA BUAT LARI KE ANK DIA IAITU ANK TIRI KEPADA NENEK TU

♬ original sound – Umie Tuyut – Umie Tuyut

Bagaimanapun, disebabkan lawatan ini, Che Munah telah berjaya bertemu dengan cucu kandung yang dah terpisah selama 20 tahun dan cucu kandungnya itu ingin menjaganya.

@umietuyut

SEMOGA NENEK TEMU KEBAHAGIAAN DENGAN CUCU KANDUNG DIA , SEMOGA NEK SIHAT DAN TERUSKAN KEHIDUPAN NEK DENGAN TEMPAT YG SELESA 🤲

♬ Ayah Dan Ibu – Dato’ Sudirman

Alhamdulillah, apapun, diharap agar Che Munah sentiasa dalam keadaan baik dan tanggapan negatif itu dapat dihindari selepas perkara ini dikongsikan.

 

Baca : “Kami dapat bantuan setiap bulan”  – Suami Nenek Tular Perjelas Isteri Pergi Menjaja Kerana Bosan, Tak Hidup Susah

Duitbantuan

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.