in

“Student STPM struggle nak lulus exam” – Guru Luah Pengalaman Mengajar Student Matrikulasi & STPM Yang Jauh Berbeza

Untitled Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Habis SPM, ada dalam kalangan pelajar yang dalam dilema — nak pilih Matrikulasi atau masuk Tingkatan 6.



Dalam pada nak membuat keputusan tu, banyak perkara yang dipertimbangkan — sama ada boleh carry subjek ke tak, dan boleh cope ke dengan cara pembelajaran tertentu.

Semua pilihan mestilah dibuat dengan mengukur kemampuan diri terlebih dahulu, jangan hanya kerana desakan ibu bapa atau mengikut rakan — diri sendiri yang merana.

Salah buat pilihan, terpaksa tanggung risiko dan dah membazir masa pulak.

 

Tapi, susah betul ke STPM & Matrikulasi ni?

Ada seorang pengguna laman sosial baru-baru ini memuatnaik perkongsian di Facebooknya, meluahkan pengalamannya mengajar student STPM & matriks yang jauh berbeza.

Beliau berpengalaman mengajar di matrikulasi selama lapan tahun dan kini sudah setahun menabur bakti mengajar pelajar Tingkatan Enam pula.

Dalam entrinya itu, beliau memfokuskan kepada mata pelajaran Kimia — khususnya pada chapter Jadual Berkala atau Periodic Table.

Jelasnya, pelajar matriks hanya mempelajari basic sama seperti yang diajar kepada pelajar Tingkatan Empat — mungkin slightly deeper.

Namun lain pula kisahnya buat pelajar STPM yang terpaksa ‘pulun’ satu semester mengkaji setiap unsur (element) dan kumpulan (group).

B

Q

W

 

Pelajar matriks tak perlu hafal Jadual Berkala dah

Kemudian, beliau turut dimaklumkan oleh seorang pelajar matriks bahawa mereka tidak lagi perlu menghafal Periodic Table kerana ia tidak lagi dimasukkan ke dalam peperiksaan dan ia hanya dijadikan sebagai kerja kursus.

Kalau dulu pengagihan markah adalah 80% exam dan 20% kerja kursus, kini ia menjadi 40% kerja kursus dan 60% exam.

Tak sama dengan keperluan pelajar STPM yang perlu menyiapkan pelbagai projek kajian dan presentation yang memakan masa agak lama dan agak memeningkan.

C

Melihat perbezaan itu, guru ini berpendapat kerajaan perlu mewujudkan silabus yang standard kepada kedua-dua institusi agar semua pelajar mendapat peluang yang setara, dan bersaing adil dalam merebut tempat di universiti awam.

D

Perkongsian beliau menerima reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial lain, yang turut berkongsi pandangan dan pengalaman mereka.

Stp1

Stp2

Kalau nak diikutkan, pelajar di kedua-dua institusi sama-sama struggle nak lulus exam demi melayakkan diri ke universiti. Kalau dah masuk uni pun, bertambah-tambah susahnya lagi.

Mungkin ada yang nak share pendapat mereka?

 

Baca: Viral Gambar Budak 12 Tahun Buat ‘Homework’ Bawah Lampu Jalan Sebab Keluarga Tak Mampu Bayar Bil Elektrik

X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.