in

“Skala 1-10, sakitnya skala 12!” – Hampir Setahun Pemuda Ceritakan Detik Hitam Kemalangan Akibat Terlanggar Lubang

Kemalangan11

Selepas Khairul Nazli melakukan urusan penting, dia telah diuji apabila terlibat dalam satu kemalangan kerana terlanggar lobang besar di jalan raya semasa menunggang motosikal.

Hampir setahun detik hitam yang dilaluinya ini, akibat kemalangan tersebut Khairul Nazli patah rahang dan beberapa lagi kecederaan yang masih lagi dijalaninya.

Katanya kejadian itu berlaku ketika dia sedang dalam perjalanan untuk menuju ke Mont Kiara.

Aku terserempak dengan sebuah lopak jalan di lorong motosikal Jalan Duta. Tak dalam sangat. Tapi panjangnya adalah ngam-ngam lebar motor aku.”

Kemalangan 1

Tanpa disedari dia dah terjatuh di dari motor dalam sekelip mata. Giginya patah, dan mukanya rasa kebas-kebas serta berlumuran darah.

Kemalangan2

 

Dari skala 1-10, sakitnya SKALA 12!.”

Kemalangan3

Kemalangan4

Dagu yang terkoyak dua, dijahit semula. Satu gigi kapak yang tertolak ke lelangit, doktor pulas dan cabut. Ketika imbasan X-ray dilakukan pada mulanya dia dimaklumkan bahawa rahang kiri sahaja.

Bagaimanapun tiada gambaran jelas memandangkan imbasan itu guna 2D, namun setelah diperiksa semula 3D, kecederaan yang dialami rupanya jauh lebih teruk berbanding dengan dimaklumkan sebelum ini.

Rahang kiri dan kanan patah. Hidung dan dagu patah. Gigi graham banyak pecah dan terpusing.”

Kemalangan5 Kemalangan6

Akibat kemalangan itu, ia menyukarkan pemuda ini untuk melakukan rutin harian seperti biasa.

 

2 bulan minum susu dan cecair saja

Kemalangan7 Kemalangan8

 

18 Jun 2020 ini genap setahun, Masih dalam rawatan. Minimum 3 tahun

Dalam masa yang sama, dia menzahirkan rasa kecewa terhadap sikap pihak berkuasa yang ambil ringan terhadap jalan berlubang ini.

Kemalangan9

 

Disebabkan satu lubang, kecuaian pihak berkuasa, harini aku takdak gigi hahahaha”

Kemalangan10

Oleh sebab pengalaman yang dilalui sebelum ini, pemuda ini menasihati agar kita perlu ada insurans, penting untuk rakam gambar apa yang terjadi sebagai bahan bukti untuk tujuan mahkamah.

Baca : “Ini lah nilai murni orang Malaysia” – Respek! Netizen Kagum Tengok Bangsa Lain Tolong Rider Melayu Yang Kemalangan

Accdnt 1