in

“Siti Nurhaliza tu celebrity nyah!” – Netizen Pertahan Tokti Lepas Kecoh Tersebar Gambar Dengan Founder ‘Sugarbook’

Sitii Nurhaliza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, agak kecoh di media sosial apabila dua papan billboard di kawasan Bangsar dan Hartamas telah dibawa turun kerana dikatakan berunsur lucah dan tak sesuai dipaparkan umum.


Papan tanda tersebut merupakan promosi kepada aplikasi ‘Sugarbook’ yang merupakan platform mencari pasangan iaitu ‘Sugar Daddy’ di alam maya. Ops!

Setelah surut sekejap isu tersebut, tiba-tiba muncul pula sekeping gambar yang kini viral di media sosial melibatkan artis nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan pengasas kepada aplikasi Sugarbook ini! 

 

“Sugarbook founder dengan celebrity… yang duduk tu sugarmommy ka…” 

Menerusi posting yang viral di Twitter, gambar tersebut menunjukkan Tokti bersama Datuk K bergambar dengan 2 pasangan Cina yang dikatakan founder kepada aplikasi kontroversi tersebut.

Emmbjj2Ueaa8Z3M
sumber: twitter

Lebih mengejutkan, pengguna media sosial ini melemparkan tuduhan dan ‘usikan’ biadap dengan mengatakan Tokti mungkin pernah menjadi ‘sugarmommy’ atau ‘sugar baby’. Amboi sedapnya mulut! 

Sugar
sumber: twitter

 

“Macamlah Siti tau sapa orang yang nak ambik gambar dengan dia” 

Namun mujurlah gambar tersebut tidak mendapat terlalu banyak kecaman dan peminat serta netizen di media sosial mengandaikan yang penyanyi terkenal itu tidak mengenali siapakah orang yang ingin mengambil gambar dengannya. 

Lagipun kalau fikir secara logik, Siti Nurhaliza kan seorang penyanyi yang terkenal. Jadi wajarlah ramai orang yang nak bergambar dengannya. Apa-apapun ramai netizen yang mengesyorkan supaya Tokti mengambil tindakan saman ke atas individu tersebut. 

Jjojo
sumber: twitter

 

Gambar 2 tahun lepas rupanya… 

Dalam pada tu, netizen sempat juga buat research dan mendapati gambar tersebut sebenarnya dah diambil pada tahun 2017, iaitu dua tahun lalu. Pada ketika itu, Tokti rupanya tengah mengandungkan Aafiyah.

Siti

Emscriguuaa8 Tb
sumber: twitter

Apa-apapun bagi admin, netizen sepatutnya berhati-hati dalam membuat tuduhan terhadap seseorang sebab kita sendiri pun tak kesahihan di sebalik gambar ni. 

Baca: “Kenapa ko tak puas hati?” – Wanita Dikecam Netizen Sebab ‘Bitter’ Tengok Tokti Bagi Komen Han Byul Dalam BM

Han Siti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.