in

“Siapa kata dorang asyik control cantik je” – ‘Stretcher’ Tak Muat Masuk Pesawat, Pramugari Sanggup Angkat & Lari Selamatkan Penumpang

Tolong Penumpang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kru kabin memang akan sentiasa ada apabila kita memerlukan mereka di dalam pesawat. Bukan setakat memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang tapi mereka juga adalah orang yang bertanggungjawab ketika berlaku apa-apa kecemasan di dalam pesawat.


Baru-baru ini, seorang pramugari digelar hero selepas membantu salah seorang penumpang perempuan yang sakit ketika dalam pesawat di lapangan terbang dekat Chengdu, China.

Cua
gambar hiasan

Menurut WOB, penumpang itu memerlukan bantuan perubatan segera dan ketika itu pramugari bernama Zhang Qiqi tersebut sedang melakukan rutin pemeriksaan keselamatan bersama rakan kru kabin sebelum pesawat berlepas.

Tiba-tiba, seorang penumpang perempuan tekan butang memanggil dan Zhang terus segera ke bahagian belakang pesawat di mana penumpang tersebut meminta agar penerbangan ditangguh kerana dia sedang mengalami masalah kesihatan.

Ketika itu, kami lakukan pengumuman kecemasan dan bertanya jika ada penumpang berstatus doktor di dalam pesawat. Seorang doktor kemudian datang dan periksa keadaan pesakit itu dan beritahu nadinya sangat lemah serta dia memerlukan rawatan segera.”

Cabin2
sumber: wob

Menurut Zhang, pesakit tu nampak sangat lemah dan bibir serta mukanya terlalu pucat. Sambil menunggu ketibaan ambulan, kru kabin tak berganjak dari situ dan setia menemani pesakit untuk menenangkannya.

Namun, bila pegawai perubatan yang tiba cuba bawa masuk pengusung ke dalam pesawat tapi disebabkan keadaanya laluan kabin yang sempit, ianya tidak muat.

Risau dengan keadaan pesakit itu, Zhang terus tawarkan dirinya untuk mengangkat mangsa keluar dari pesawat. Lepas mangsa bersetuju dengan cadangannya, Zhang terus angkat dan berlari melalui laluan pesawat ke ambulan.

Cabin1
sumber: wob

Saya cuma fokus untuk selamatkan dia. Bila saya tengok balik rakaman video, saya sendiri terkejut macam mana saya boleh ada tenaga sekuat itu? Mungkin kerana situasi itu berlaku dengan pantas dan secara tiba-tiba.”

Selepas tertangguh selama 43 minit, pesawat itu kemudian meneruskan penerbangan. Zhang juga sempat berterima kasih kepada 175 orang penumpang lain yang berada di dalam pesawat ketika itu kerana bersabar dan memahami keadaan kecemasan yang menyebabkan kelewatan itu.

Baca: “Teringat kat arwah abah” – Netizen Sebak Lihat Video Pramugara Royal Brunei Air Suap Pakcik Tua Makan Yang Dikongsi Datuk Aliff

Alip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.