in

Shuib Akhirnya Bawa Pulang Ayash Affan Sehari Sebelum ‘Birthday’ Arwah, Anggap Hadiah Dari Isteri

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas lebih sebulan anak bongsu Shuib dan arwah Siti Sarah dirawat di hospital selepas dilahirkan secara pra-matang, Ayash Affan akhirnya telah dibenarkan untuk pulang ke rumah.


Walaupun gembira dapat bawa pulang anak yang dinanti-nantikannya ini, Shuib turut mengakui kepulangan tersebut terasa janggal tanpa arwah isteri kesayangannya itu di sisi.

Terasa janggal, dulu balik hospital bertiga tetapi hari ini pulang berdua.”

Screenshot 2021 09 15 At 12.42.56 Pm

Shuib turut bersyukur kerana Allah telah pulangkan anaknya sehari sebelum hari lahir Allahyarham Siti Sarah dan turut mengucapkan terima kasih kepada orang yang mendoakan kesihatan anak bongsunya itu.

Syukur Ya Allah,Besok Birthday Ibu(15/9) Allah hadiahkan kepulangan AYASH AFFAN harini,InsyaAllah kjp lagi dah boleh balik dah,,,Allahuakbar,,,Tangan,Jari sebijik tangan Ibu…Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan Anak soleh ini,,,Terima kasih semua,,,SYUKUR YA ALLAH diatas RAHMAT MU.”

Screenshot 2021 09 15 At 12.45.22 Pm

Selain itu, Shuib turut kongsikan kegembiraan dan keterujaan anak-anaknya menjaga serta turut membantu menyusukan adik bongsu mereka di Instagram peribadinya.

Manakala sebentar tadi, Shuib dan anak-anaknya telah pergi melawat kubur arwah Siti Sarah sempena hari jadinya hari ini.

Screenshot 2021 09 15 At 12.47.30 Pm

Alhamdulillah, min doakan keluarga Shuib terus kuat dan baby Ayash membesar dengan sihat. Amin…

 

Baca: [VIDEO] Pemuda Hasilkan Potret Wajah Shuib & Arwah Siti Sarah Gunakan Rubik Cube

Screenshot 2021 09 15 At 12.57.37 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.