in

Setelah Perak Man, Ahli Arkeologi Temui Tengkorak Manusia Berusia 10 000 Tahun Di Perlis

Featured Fosil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

30 tahun yang lalu, ahli arkeologi tempatan telah menemui fosil tulang dan tengkorak Perak Man yang berusia 11 000 tahun. Kini, mereka sekali lagi menemui fosil terbaharu yang dipercayai tulang dan tengkorak manusia berusia lebih kurang 5 000 hingga 10 000 tahun di Bukit Keteri, Perlis.


Selain dari itu, hasil eksplorasi Jabatan Warisan, Kerajaan Negeri Perlis dan Persatuan Pendaki Negeri Perlis juga turut menemui lukisan zaman proto sejarah di dinding Gua Semadong.

Dua penemuan tersebut telah membuktikan yang negeri Perlis pernah menjadi kawasan penempatan masyarakat prasejarah dan proto sejarah beribu-ribu tahun dahulu.

Media Fosil

Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara (JWN), Mohd Azmi Mohd Yusof berkata, “selepas penemuan bahan sejarah lain seperti candi di Lembah Bujang dan Kelantan, ini merupakan satu penemuan baharu dari negeri Perlis yang amat baik untuk kita merangka kronologi sejarah”.

Lukisan berbentuk binatang seperti lembu, gajah, ular, mawas dan manusia dapat dilihat melalui penemuan lukisan itu. Ia dipercayai mempunyai unsur dan pengaruh Hindu-Buddha yang dianggarkan sekitar abad kelima hingga ke-10 Masihi.

Berdasarkan penemuan artifak pelbagai alat batu dan tembikar tanah, hasil kajian lepas yang dibuat di sekitar gua di Perlis, kawasan gua di Bukit Chuping, Bukit Tunku Lembu, Bukit Ngulang, Bukit Kerengga dan Bukit Changkul telah digunakan sebagai tapak penempatan dan pengebumian masyarakat paleolitik dan neolitik.

“Kita percaya kawasan ini bukan sahaja didiami oleh masyarakat prasejarah, malah pernah dihuni oleh masyarakat proto sejarah berdasarkan artifak seperti kalam semah (votive tablet) yang turut ditemui di kawasan itu,”- Mohd Azmi Mohd Yusof

Beliau juga berharap agar semua masyarakat dapat sama-sama menjaga warisan negara ini supaya kajian lanjutan dapat dibuat. Tapak penemuan tersebut juga akan diwartakan sebagai lokasi sejarah agar tidak diceroboh atau dimusnahkan oleh individu tak bertanggungjawab.

Baca: Pertama Kali Dalam Sejarah! Hujan Turun Di Puncak Greenland

Sejarah Baca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.