in

“Seriuslah?” – Doktor Kata Covid-19 Boleh Tersebar Melalui Kentut Lepas Jumpa Virus Dalam Najis Pesakit

Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni kita tahu yang virus Covid-19 ni boleh merebak melalui cecair yang keluar dari mata, hidung dan mulut sebab tu kita kena selalu basuh tangan untuk elak dari dijangkiti.


Tapi baru-baru ni, seorang doktor memberi amaran, wabak yang dah menjangkiti lebih 2 juta manusia di seluruh dunia ini mungkin boleh tersebar melalui kentut! Seriouslahhh

Seoang doktor, Andy Tagg memberitahu yang kentut boleh menyebabkan penyebaran coronavirus selepas meneliti beberapa ujian yang diambil dari pesakit Covid-19 awal tahun ini, lapor The Sun.

Andy mengatakan, ujian yang dia lalukan mendedahkan yang virus bawa maut ini ditemui dalam 55% najis pesakit Covid-19 dan sebelum ini pakar perubatan memberi amaran yang kentut mempunyai partikel kecil najis yang boleh menyebarkan bakteria.

0 Person Farting

Pun begitu, Dr Sarah Jarvis mendedahkan, untuk seseorang terjangkit dengan virus ini melalui kentut adalah sangat tipis kerana seseorang itu perlu berada dalam jarak yang sangat dekat dengan orang yang kentut.

Dorang lagi berpotensi untuk dapat virus ini dari bersin atau batuk atau tersentuh permukaan yang dah dipegang oleh pesakit Covid-19″

Namun, Dr Sarah tetap menekankan bahawa kebersihan tandas amat penting lebih-lebih lagi bila gunakan tandas yang digunakan oleh pesakit Covid-19 kerana memang ada laporan virus tersebut ditemui dalam najis.

Awal tahun ini, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China mengumumkan yang seluar adalah medium yang efektif bagi menghalang kentut yang mungkin mengandungi virus Covid-19.

Mereka berkata, kentut sangat susah untuk menyebarkan virus ini jika seseorang itu memakai seluar.

Tumblr N0Wktqljae1S4Ov53O1 500

Bagaimana pun, jika pesakit Covid-19 tak pakai seluar dan dia mengeluarkan kentut yang ‘besar’, orang yang bau kentut tersebut dalam jarak yang dekat berisiko tinggi untuk dijangkiti.

Walaupun risiko dia sangat-sangat kecil untuk terjangkit, maybe start dari harini korang dah bolehlah kot stop prank kentut dekat muka orang.

 

Baca: Kapal Terbang Terpaksa Buat Pendaratan Kecemasan Kerana Penumpang Lelaki Tak Berhenti Kentut

Screenshot 2020 04 17 At 6.07.12 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.