Dua hari lepas ketika umat Islam menyambut hari pertama Ramadan, sebuah gerai di sebuah bazar Ramadan dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur alami kerosakan teruk selepas khemah dan makanan yang dijualnya rosak dibadai angin kencang.
Video situasi berkenaan dimuat naik Twitter BERNAMA dan telah mendapat simpati orang ramai yang kasihan melihat para peniaga mengutip semula bahan makanan yang berterabur di atas jalan. Allahu… banyak kerugian yang dialami tu.
Ujian di bulan Ramadan…
Hujan lebat dan angin kencang mengakibatkan beberapa gerai mengalami kerosakan di Wangsa Maju, petang ini.
Video: Orang awam pic.twitter.com/4npr5DtQ7d
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 13, 2021
“Baru hari pertama berniaga, semua rosak” – Ebit Lew
Simpati dengan ujian yang menimpa peniaga tersebut, Ustaz Ebit Lew semalam turun melawat mangsa kejadian.
Menurutnya peniaga tersebut, mereka mengalami kerugian hampir RM800 dan kesemua bahan makanan rosak akibat kejadian tersebut pada hari pertama berniaga. Kesiannya…
Sebak sayu rasa hati semalam bila tengok khemah makcik jual Yong Tau Fu di Wangsa Maju runtuh rosak diterbangkan angin waktu hujan ribut kuat semalam.
“Baru hari pertama berniaga. Semuanya rosak. Dekat Rm800 juga semuanya modal. Berat ujian mereka. Disinilah rezeki dan harapan mereka. Ujian mereka,” katanya.
https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/4151534598210087
Malah bukan peniaga itu saja yang dibantu Ustaz Ebit, peniaga lain yang tidak mempunyai khemah juga dibelikan khemah baru buat mereka semua dan beliau juga ada menghulurkan sedikit bantuan.
“Saya terus ke sana tadi. Saya belikan 7 khemah baru beli untuk mereka buat 7 peniaga yang tiada khemah. Berikan sedikit duit belanja buat sebahagian peniaga.
“Betapa besar harapan seorang peniaga menanti bazar Ramadhan ini. Dengan nak dapat tapak. Ramai yang nak masuk. Dengan keadaan covid 19 sekarang. Allahuakbar.
“Bila saya beri sedikit duit tadi wajah makcik ni berubah sebak sayu jer. Ucap terima kasih. Gembira rasa dapat melihat beberapa peniaga gembira hari ini,” katanya lagi.
“Ustaz memang superhero kami, sentiasa ada dan pantas membantu”
Tindakan Ustaz Ebit yang membantu peniaga berkenaan telah mendapat pujian netizen yang berpendapat pendakwah tersebut begitu pantas dalam menghulurkan bantuan.
Malah ramai juga mengatakan Ustaz Ebit selalu menjadi antara orang yang pertama datang menghulurkan bantuan jika ada orang dalam kesusahan viral di media sosial.
Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang banyak buat Ustaz Ebit kerana kerap membantu mereka yang susah. Amin.