“Semoga ko mampos cepat kene langgar lori taik!”- Anak Bengang Ayah Teruk Dibelasah Sekumpulan Pemuda Lepas Mereka Selesai ‘Jalankan Tanggungjawab’

Lepas satu-satu jenayah yang berlaku, elok-elok negara kita dipandang tinggi sebab kemajuan dan keamanan yang dikecapi tak mustahil satu hari nanti semuanya itu akan hilang jika jenayah tidak dapat ditangani.

Terbaru, perkongsian wanita ini, Intan Yusof di facebook mengenai ayahnya yang teruk dibelasah sekumpulan perompak semalam benar-benar menimbulkan persoalan , adakah Malaysia sudah tidak selamat?

Kau nak rompak situ kau rompak la tak payah la nak pukul orang tua nie!

Siapa yang tak marah kalau lihat ayah yang dah dimamah usia, dibelasah sedemikian rupa. Dah lah merompak, lepas itu pergi belasah pakcik ni lagi. Elok digigit telinga perompak ni.

Intan kata kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi semalam dan waktu itu ayahnya sedang bekerja buat rondaan dengan menaiki motosikal di Warta, Bangi atau sekarang dikenali dengan nama KIPMALL Bandar Baru Bangi.

Lepas kene pukul kat muka tu die terus jatuh motor, Orang tu pijak mungkin sebab..

Kejadian die malam tadi pukul 1 lebih.

Abah tengah kerja tengah buat rondaan die kan kerja security warta. Lepas tu ade orang pukul die dengan kayu ( Die cakap keras macam kayu sebab die tak nampak gelap) time die buat rondaan tu, Nasib baik die bawak motor tak laju.

Lepas kene pukul kat muka tu die terus jatuh motor, Orang tu pijak mungkin sebab ade kesan tapak kasut org pijak kat badan, Abah tak sedar dah sebab tgn die menahan muka tu jari die bengkak tak boleh gerak sakit.

Lepas pukul tu lahanat tu lari naik tangga abah celik mata mcm nampak bayangan 3 orang pakai helmet semua.

Abah pitam separuh pengsan 10minit mcm tu kat prking B1 warta.

Dah sedar sikit abah merangkak naik tangga atas tempat kawan die jga kat belah atas.Tu yang kawan die call kitaorg bagi tau. Abah cakap kalau die tak naik tak tau jadi ape sebab darah keluar banyak.

Makin melampau pulak kan penjenayah zaman sekarang ini, tak mengira usia nak dihentamnya. Malah tak ada sifat perikemanusiaan langsung sampai dipijaknya pakcik itu.

Nasib baik Intan maklumkan yang ayahnya dah semakin pulih dari kecederaan lepas dipukul perompak-perombak tu.

Abah dah pulih, dia pesan cakap TERIMA KASIH kat semua

Sumber : Facebook

Terima kasih yang mendoakan abah semua.

Alhamdullilah abah dah makin okey. Cuma badan je sakit sakit,Bengkak bengkak & Jari tak boleh gerak lagi.

Dah stabil tak der pitam pitam cuma malam tadi masih ada keluar darah sikit je lagi dekat hidung. Ovarall dah makin ok.

Suruh duduk wad tak nak degil, So kene pantau die dekat rumah docter bagi kebenaran. 
Kang berkeras pakse duduk hospital mau lari die kang macam dulu 🤣🤣

Alhmdullillah ramai yang doakan abah cepat sihat cepat sembuh dimakbulkan.
Terima kasih sangat sangat.

Abah pesan suruh cakap TERIMA KASIH kat semua.

Hari nie baru polis nak bawak abah tengok CCTV.

Rata-rata netizen pun bengang dengan tindakan pemuda-pemuda tersebut. Malah mereka berharap yang semua pelaku ditangkap dan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Dapat tu belasah sampai mampus!!

Ya Allah..tergamaknyeee

Baca : Tolong jgn tinggalkan saya sorang-sorang di rumah lagi Perompak Guna Taktik Lori Sampah Pecah Masuk Rumah Sebelum Mencuri Kelar Gadis

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.