“Semburit & Bersemburit” – Netizen First Time Dengar Perkataan Baru, Popular Lepas Tular Video Seks ‘Menteri Kanan’ & Haziq

Di sebalik isu video skandal seks didakwa seorang menteri kanan dengan individu bernama Haziq Aziz, ada satu perkara lain yang dikecohkan netizen berkaitan perkataan baru yang dipelajari mereka semalam.

Dua perkataan ini iaitu SEMBURIT dan BERSEMBURIT (ops min tahu bunyinya pelik) mula digunakan akhbar tempatan dan ia menimbulkan sedikit rasa ‘awkward’ di kalangan netizen kerana ramai fikir ia mempunyai makna yang agak ‘kotor’. Min tahu korang tengah sengih-sengih sekarang… 

Sumber: Twitter

 

“Sebelum itu saya hanya kenal istilah ‘bersetubuh’. Hari ini saya baru tahu ada istilah ‘bersemburit’ dalam Kamus Dewan” 

Pun begitu, terima kasih kepada seorang netizen di Twitter, dia dengan beraninya telah memperbetulkan persepsi kita semua dengan menjelaskan makna sebenar di sebalik perkataan tersebut.

Menerusi posting di Twitter, dia memberitahu bahawa perkataan ‘bersemburit’ sebenarnya wujud dalam Kamus Dewan dan melalui hasil carian ia memberi maksud ‘bersetubuh sesama lelaki‘. Wow! 

Sumber: Twitter

 

Jangan fikir double meaning, ‘burit’ sebenarnya bermaksud…

Manakala ‘burit’ iaitu kata akar bagi semburit juga mempunyai dua maksud berbeza di dalam Kamus Dewan. Kata-kata itu juga muncul dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI). Wah new info ni! 

Sumber: Twitter

 

“Mati-mati aku ingat main-main. Rupanya betul-betul ada istilah bersemburit?” 

Netizen walau bagaimanapun agak shock jugalah bila dapat tahu mengenai maksud sebenar perkataan tersebut. Selalunya perkataan tersebut digunakan untuk perkara ‘lain’ tapi tak ada siapa yang buat research rupanya inilah makna perkataan itu. Jadi apa lagi, trending lah! 

Sumber: Twitter

Dah tau perkataan baru ni korang jangan salah guna tau? Semoga bermanfaat! 

Baca: “Kau ni nampak desperate..Jangan malukan diri sendiri lah” – Siti Kasim ‘Sound’ Haziq Aziz

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!