Itali kini mempunyai angka kematian akibat Covid-19 tertinggi di dunia dengan 10,023 kematian (sehingga jam 2 petang hari ini). Keadaan di sana kini dikatakan sudah tidak terkawal dengan hospital dibanjiri pesakit Covid-19 selain mayat yang terlalu banyak.
#COVID19 Lima negara yang kadar kematian tertinggi di dunia.
1. Itali 10.8% (kematian 10,023) (kes keseluruhan 92,472)
2. Indonesia 8.8% (102) (1,155)
3. Iraq 8.3% (42) (506)
4. Sepanyol 7.8% (5,690) (73,235)
5. Iran 7.11% (2,517) (35,408)
*Data WHO setakat 29 Mac
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 30, 2020
Terpanggil untuk membantu, kerajaan Jerman telah mengubah suai pesawat tentera mereka menjadi ‘wad ICU bergerak’ untuk membantu Itali dan Perancis merawat pesakit Covid-19.
Menurut Metro, pesawat ICU itu merupakan Airbus A310 MedEvac dan inisiatif itu dilaksanakan untuk membantu Itali serta Perancis dalam menangani krisis wabak Covid-19 ini.
44 katil dilengkapi peralatan perubatan
Melalui posting yang viral di Twitter, bahagian dalam pesawat itu menunjukkan katil-katil disusun dalam 3 barisan dengan setiap satu daripadanya dilengkapi peralatan perubatan. Pesawat itu boleh memuatkan 44 katil untuk pesakit yang memerlukan rawatan rapi serta pegawai perubatan.
‘Pick up’ pesakit dan rawat di Jerman
‘Wad ICU bergerak’ ini diterbangkan ke Itali dan Perancis untuk mengambil pesakit-pesakit Covid-19 di sana serta dipindahkan ke hospital di Jerman dan akan dirawat di sana. Awal pagi tadi, pesawat itu telah pun mendarat di Bergamo, utara Itali dan akan kembali ke Cologne, Jerman dengan membawa enam pesakit Covid-19.
Tidak dinyatakan mengapa enam pesakit itu dipilih namun semuanya akan dirawat di hospital sekembalinya mereka di Cologne. Difahamkan, Jerman mempunyai jumlah kes yang agak tinggi iaitunya sebanyak 50,000 kes namun kadar kematian mereka masih rendah (351 kematian) kerana perkhidmatan kesihatan di sana masih boleh mengawal dan menangani isu Covid-19 ini.
Terbaik! Bersatu untuk membendung wabak Covid-19 ni!