“Saya terpaksa minum urin sendiri untuk survive” – Lelaki Terselamat Selepas Sebulan Terkurung Dalam ‘Markas’ Beruang Liar Untuk Jadi Makanan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Keluasan padang gurun Rusia ini boleh dikatakan harapan untuk seorang pejalan kaki yang sesat atau tercedera dapat bertahan untuk hidup amat tipis. Selain itu terdapat banyak hidupan liar yang boleh dijumpai.

Kalau ada yang terselamat macam lelaki bernama Alexander ini  memang dianggap satu perkara yang aneh.

Manakan tidak, dia dah terperangkap selama sebulan sejak dia diseret oleh beruang liar ke tempat persembunyiannya. Disebabkan itu, tulang belakang Alexander patah dan mengalami kecederaan teruk dan kini kelihatan macam mumia.

 

Diserang, diseret dan disimpan selama sebulan

Sumber : Allthatsinteresting

Dia diselamatkan apabila ada pemburu menemuinya, mereka sekumpulan cuba melihat dikawasan persembunyian beruang itu kerana anjing mereka asyik menyalak memberikan petunjuk ada sesuatu di dalam ‘sarang’ tu.

Kalau dilihat keadaannya ini memang dia dah ‘nyawa-nyawa ikan’ akibat diserang, diseret ke dalam ‘sarang’ dan disimpan untuk dimakan.

Mereka hampir tak sedar yang Alexander masih hidup pada mulanya namun, bila diamati semula mereka menyedari bahawa keadaannya tengah nazak.

Gambar footage kat bawah ni menunjukkan keadaan Alexander boleh membuka mata setelah mendapatkan rawatan di hospital.

 

Beruang tu akan jadikan saya sebagai makanan untuk kemudian hari, saya minum urin saya sendiri untuk survive”

Sumber : Allthatsinteresting

Ada beberapa kecederaan parah dan ada tisu rosak di bahagian tubuh badannya. Doktor sendiri tak sangka bagaimana Alexander masih terselamat. 

Menurut sumber, beruang tersebut hanya simpan Alexander sebagai stok makanan untuk jangka masa panjang.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?