in

“Saya sedar ia tidak kelakar langsung” – Mengaku Kesilapan Persenda Sebutan Bahasa Inggeris Guru di TikTok, DJ Hitz FM Letak Jawatan

Ft Yusufresigned

Namanya hangat diperkatakan dan menjadi perbualan netizen di seluruh Malaysia malah sehingga ke negara jiran. Semuanya gara-gara tindakannya mempersendakan cara sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita di DidikTV menerusi akaun TikTok miliknya.

Selepas dikecam teruk, penyampai radio Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri membuat video dan memohon maaf secara terbuka berhubung isu berkenaan.

Yusuf3 1

Stesen radio tersebut juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan dalaman dijalankan berhubung kontroversi berkenaan pada minggu lepas.

Semalam, Hitz FM mengumumkan Yusuf yang berusia 29 tahun itu telah meletak jawatan berkuat kuasa 22 Februari.

Hitz FM tetap komited untuk terus memberi maklumat dan hiburan kepada rakyat Malaysia.”

Berikutan siasatan dalaman kami mengenai kontroversi baru-baru ini yang membabitkan salah seorang penyampai kami, pihak kami sudah menerima perletakan jawatannya berkuat kuasa 22 Februari 2021.”

Minggu lepas, melalui video dimuat naik olehnya, Yusuf mengakui tindakannya mempersendakan guru tersebut keterlaluan dan tidak wajar dilakukan.

Video TikTok itu menunjukkan dia ketawa terbahak-bahak kerana cara sebutan dan penyampaian guru yang menawarkan diri untuk menjadi perantara itu tidak perfect. Disebabkan memperlekehkan golongan pendidik, netizen mengecam tindakannya sehingga meminta stesen radio mengambil tindakan terhadapnya.

Saya dengan ikhlas hati memohon maaf kepada guru terbabit, ahli keluarganya dan semua pihak di atas tindakan saya. Saya sedar video itu memang tidak kelakar langsung dan sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh saya.”

Yusuf1

Selain tuan empunya badan, kita pun boleh belajar dan ambil iktibar daripada apa yang berlaku ni supaya kita lebih berhati-hati dalam berkata-kata di media sosial.

Baca: Penyampai HitzFM Mengaku Bersalah ‘Ketawakan’ Cikgu, Ingin Mohon Maaf Secara Peribadi Kepada Guru Didik TV

Yusuf5