in

“Saya sayang awak sampai mati” – Akhirnya Berbaik-baik Dengan Isteri, Aliff Syukri Muncul Dengan Lagu Baru

Aippp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya umum sudah tahu, semenjak dua menjak ini hubungan Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida seakan retak. Masing-masing saling meluah rasa di media sosial dan seakan beri hint yang mereka tak lagi sehaluan.


Tapi berita baik hari ini, Aliff Syukri dengarnya sudah berbaik-baik dengan isteri dan siap memuat naik video mereka berpelukan sambil memohon maaf antara satu sama lain. Alololo ciannya tengok datin nangis. 

View this post on Instagram

smua orang nak bahagia dalam perkahwinan setuju tak?? kalau setuju komen di bawah?? . . Bagi abang nak berkahwin itu amat mudah tetapi nak mempertahankan perkahwinan itu bukan satu perkara yang mudah banyak dugaan cabaran dan kesabaran.. yang perlu dilalui.. Pergaduhan dalam perkahwinan itu memang normal apatah lagi kami adalah pasnagan kontra dari smua sudut.. siapa yang tak pernah bergaduh dalam rumah tangga sy pasti smua pernah .. begitu juga sy..itulah lumrah kehidupan cuba bayangkan dua kepala yg dilahirkan berbeza perut,nak hidup sekali sampi kemati… mungkin rambut sama hitam hati lain-lain dan didikan keluarga pun berbeza beza,pendapat dan ego..sedangkan dengan ayah dan mak pun kekdang kita tidak sependapat … dan kadang kala mahu bergaduh… inikan pula suami isteri … orang yang belum berkahwin mungkin tidak akan faham apa yang abang rasa ini.. bagi abang dlm perkahwinan berhenti mencari kesalahan masing- masing kadang kala tak semua benda kita betul… . . . tak guna pun kalau Kita cari siapa betul atau siapa yang menang ??pokok pangkalnya kita cari titik keserasian untuk memperbetulkan keadaan dan yang paling penting kita kena tahu syurga isteri tetap bawah kaki suami tapi suami pun kena pandai main peranan lah ..jangan pula disebabkan syurga kat bawah kaki suka hati saja nak pijak isteri begitu juga dengan isteri kadang kala isteri ini kena lah belai dan faham suami..jgn suami buat baik.. dipijak kita pula Kesimpulannya tak pernah ada benda yang sempurna dalam Hidupan maklumlah kita bukan hidup dalam syurga kalau semua sempurna.. itu namanya syurga ..Apa pun terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang hubungan kami sekeluarga.. terima kasih doa kalian smua.. syukur alhamdulillah segalanya telah berdamai sebab apa?? yang berlaku ini biarlah kami sahaja yg tahu.. kami dua dua salah dan kami akan betulkan kesalahan kami..apa pun saya sayang awak sampai mati @shahidadherbs dan family kita❤️ dan lagu #cubabahagia itu sy ciptakan sempena kisah sedih saya yg bergaduh hanpir 3bulan?

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Kami dua dua salah dan kami akan betulkan kesalahan kami..apa pun saya sayang awak sampai mati @shahidadherbs dan family kita❤️”

 

Keluar lagu baru bertajuk #CubaBahagia 

Kalau tak ada lagu baru, tu bukan Datuk Aliff la kan… Di hujung posting panjang lebarnya, Aliff Syukri sempat menyelit nak beritahu netizen yang beliau bakal muncul dengan lagu baru bertajuk Cuba Bahagia.

Lagu ni katanya bersempena dengan kisah sedih akibat pergaduhannya dengan isteri dalam 3 bulan ni. Korang boleh dengar lagu tu kat montaj atas tadi tu.

Lagu #cubabahagia itu sy ciptakan sempena kisah sedih saya yg bergaduh hampir 3bulan?”

Bahagia 1
sumber: instagram

 

“Jangan gaduh lagi Dato Datin… Kesian anak-anak. Moga perkahwinan kekal bahagia” 

Rata-rata netizen yang melihat posting ini ternyata bersyukur dan gembira tengok Aliff dan isterinya baik semula. Yalah kan, sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri.

Ini
sumber: instagram

Jangan gaduh-gaduh lagi ye! 

Baca: “Kalau dia tinggalkan datin kami boikot dia” – Netizen Marah Aliff Syukri Letak Caption Aibkan Isteri, Tapi ‘Edit’ Lepas Dibidas Ramai

Boikot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.