“Saya sanggup ikat perut…bekalkan anak nasi lauk ubi kayu dan budu ke sekolah” – Kisah Tabah Wanita Anak 7 Ini Pasti Buat Korang Menangis.

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



“Sudah jatuh ditimpa tangga” , itulah peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan nasib yang menimpa seorang wanita di Kampung Bukit Pauh, Gual Ipoh di Tanah Merah Kelantan, yang hidup dalam kedaifan.

Menurut gpsbestari, Wan Rosmini Mat Leh, 33 tahun terpaksa berhadapan situasi sukar selepas suaminya Roslan Kori 38 tahun disahkan menghidap ketumbuhan dalam perut sehingga menyebabkan lelaki itu terpaksa berhenti kerja.

Lebih menyedihkan, anak bongsunya yang baru dilahirkan, berusia 20 hari mengalami masalah jantung berlubang dan memerlukan rawatan susulan..allahu kecik lagi..huhu

Disebabkan masalah tersebut, Rosmin terpaksa berhenti kerja kerana perlu menjaga suami dan anak bongsunya yang sakit selain perlu menguruskan anak-anak yang lain.

Rosmini bersama 7 anaknya…

Sumber : gpsbestari

“Kami tidak punya pendapatan tetap kerana keadaan suami yang sakit.”

“Sebelum ini saya ada juga menjaja kulat sisir dan siput gondang ditemani anak sulung, tapi sekarang saya tidak boleh bekerja kerana baru sahaja melahirkan anak bongsu,”

Disebabkan perkara tersebut, Rosmini terpaksa mengikat perut dan hanya berbelanja mengikut keperluan memandangkan anak-anaknya perlu bersekolah seperti biasa.

Katanya, dia setiap hari akan memasak dan bekalkan anak-anaknya yang bersekolah dengan nasi berlaukkan ubi kayu dan budu, sekurang-kurang dapat mengalas perut mereka ketika sesi pembelajaran..semoga anaknya faham susah payah keluarga mereka.

Bekal budu, nasi dan ubi kayu..

“Apa pun saya berharap nasib anak-anak saya akan berubah selepas ini. Walaupun dua anak saya terpaksa jalan kaki ke sekolah sejauh 10 kilometer setiap hari, saya tidak sanggup jika mereka ponteng sekolah dan tertinggal dalam pelajaran.

“Biarlah keluarga kami miskin harta sekali pun, namun pelajaran anak-anak perlu diteruskan demi masa depan mereka,”

Tak sangka kan, kita rasa kita dah cukup susah tapi ada orang lain yang lagi susah daripada kita.

Semoga Rosmini terus cekal meneruskan hidup demi keluar tercinta, ibarat bait lirik lagu Jaclyn Victor bertajuk ‘wajah’ :

“Berkali tersungkur, Pandanganmu kabur, Namun azam meneruskan hidup tak pernah luntur..”

Baca : Suami Kongsi Pengorbanan Isteri, Berikan RM1,000 Ketika Dalam Kesusahan

 

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.