“Saya dah tak nak dia. Buatlah apa nak buat.” Ibu Tinggalkan Anak Tengah Jalan Sebab ‘Tak Puas Hati’ Dapat 81 Peratus Dalam Exam

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Dulu masa sekolah, kalau result kita teruk memang takut nak tunjuk dekat parents. Tapi, kalau dapat ‘A’ atas pagar tu memang dah cukup bangga nak tunjuk siap tak sabar lagi.

Tapi ini lain pula ceritanya, ibu ‘tegas’ dari China ini telah tinggalkan anaknya yang berusia 12 tahun di tengah jalan lepas tak puas hati dengan result anaknya.

Menurut DailyMail, ibu ini dilihat memukul anaknya sebelum dia masuk ke dalam kereta dan meninggalkan anaknya di tengah jalan di Luoyang, China sebelum pejalan kaki yang risaukan keadaannya membuat laporan polis.

Laporan tersebut mengatakan yang ibu tersebut memukul dan memarahi anaknya sebelum berlalu pergi meninggalkan anaknya di tengah jalan.

Polis kemudian memberitahu wartawan, ibu ini meninggalkan anaknya kerana tak puas hati anaknya dapat markah 81 peratus sedangkan dia nak anaknya dapat 95 peratusMacam ni punya orang pun ada ke?

Polis menemui kanak-kanak ini sedang merayau di jalan berhampiran pintu masuk Nanjing–Luoyang Expressway dan membawa kanak-kanak ini ke balai polis.

Ketika di dalam kereta, polis telah menyoal kanak-kanak ini untuk mengesahkan laporan yang diterimanya dan kanak-kanak ini mengiyakan.

Selepas bertanya kepada beberapa saksi di tempat kejadian, polis berjaya menjejaki ibu kanak-kanak ini selepas mengesan nombor plat kenderaan yang dipandu.

Nak dijadikan cerita, apabila polis menelefon ibu kanak-kanak ini dengan harapan ibunya akan berpatah balik dan menjemput anaknya. Jawapan yang diterima oleh pihak polis sangat mengejutkan…

“Saya dah tak nak dia, awak boleh buat apa yang awak suka dengan dia. Kalau nak kenakan apa-apa tindakan pun saya tak kisah.”

Polis yang terkejut dengan reaksi ini telah memarahi ibu tersebut serta memberikannya nasihat.

“Awak ni seorang ibu yang tak bertanggungjawab. Awak sepatutnya nasihatkan anak kalau anak awak ada buat salah apa-apa bukan tinggalkan dia di tepi jalan.”

Berita baiknya, kanak-kanak ini telah pun selamat dijemput oleh pak ciknya selepas meluangkan masa hampir satu jam di balai polis. Tapi, tak tahulah apa nasib dia bila sampai di rumah.

Kalau iya pun nak marahkan anak, janganlah sampai tinggalkan dekat tengah jalan. Tak kan tak ada  rasa sayang langsung dekat anak tu?

 

Baca: Video Wanita Tengking dan Pukul Anak Kecil Tular, Malangnya Tiada Yang Tampil Membantu

 

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Brief description: Seorang penulis yang masih mencari identiti diri. Sedang cuba mencuri masa untuk mendalami falsafah sambil meneruskan hobi menonton Netflix.