in

Ruhainies Dikecam Teruk Berpeluk Sakan Dengan Lelaki Lepas Balik Umrah, Individu Ini Tampil Mohon Maaf

ft kawan ruhainies mohon maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di sebalik gosip terhadap Aliff Aziz hari ini, nama pelakon Ruhainies juga menjadi buah mulut orang ramai apabila tularnya satu video dia berpelukan dengan seorang lelaki.

Dalam video tersebut, dikatakan lelaki ini membuat kejutan buat Ruhainies dan kakaknya yang difahamkan baru sahaja tiba di Malaysia selepas mengerjakan ibadah umrah sejak 11 April lalu.


Artikel berkaitan : “Terkejutnya saya melihat rancangan NRF” – Wanita Dakwa Skandal Aliff Aziz ‘Spill Tea’ Tentang Ruhainies?

Artikel berkaitan : “Tu sebelum shooting” – Muat Naik Video Berjubah Putih Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Minta Netizen Muhasabah Diri

Lelaki yang merupakan rakan baik Ruhainies dilihat itu memberikan jambangan bunga buatnya sebelum memeluk pelakon itu secara spontan. Video tersebut telah meraih perhatian ramai sebelum ia dipadamkan di akaun asal lelaki tersebut.

Malah, ia telah mengundang kecaman terhadap Ruhainies yang pada ketika itu mengenakan jubah hitam dan berniqab.

IMG 2849 IMG 2850

Bagaimanapun, rakannya yang dikenali sebagai Zahar itu telah tampil membuat permohonan maaf kepada umum dan menegaskan bahawa ia disebabkan kealpaan daripada dirinya sendiri.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.