in

“RM 10K sebagai kos bakal dimaki” – Pegawai Perubatan Sound Anti Vaksin Yang ‘Kecut Perut’ Bila Diundang Sebagai Tetamu TV

Polio3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita digemparkan dengan berita penularan Virus Polio di Malaysia selepas hampir 3 dekad ia tidak menyerang di negara kita. Susulan itu, orang ramai mula menghentam golongan anti vaksin.


Memandangkan isu ini sedang hangat diperkatakan salah satu individu anti vaksin ini diundang oleh krew daripada TV Al-Hijrah untuk kongsikan pendapatnya dalam satu salah satu Segmen Kesihatan daalam program Assalamualaikum memandangkan ia selaras dengan topik yang ingin dibahaskan iaitu Virus Polio.

 

Bayaran RM 10K sebagai kos bakal kena maki dengan netizen”

Sebagai wakil daripada golongan anti vaksin, namanya telah terpilih untuk mencurahkan pendapatnya. Namun begitu, ini pula respon yang dia berikan kepada salah seorang krew produksi tersebut.

79388910 10216438474376560 8336585805627654144 N

Memandangkan perkongsian mesej itu dikongsikan semula di profilnya secara terbuka. Pegawai perubatan Dr. Amirul Amzar tampil memberikan respon dan menempelak cara individu ini tolak tawaran dengan cara mempersendakan orang.

 

Ini lah perangai antivaksin.”

Dia menceritakan pengalamannya diundang dalam  program, soalan TV format yang mereka berikan bukanlah dirancang jadi, tiada sebarang soalan yang diberikan sebelum mereka bentangkan pendapat.

Malah undangan itu juga tidak memperuntukkan sebarang bayaran, dia juga menempelak individu itu yang hanya berani di alam maya.

“Contoh, masa debat Dato Dr Musa dan Dr Nurulhuda, bukan Dr Nurulhuda sahaja yang tidak dapat soalan, Dato Dr Musa juga datang tanpa dapat apa-apa soalan. Saya ada di studio, saya tahu perjalanan program sebelum selepas, dan saya menjadi saksi.”

Dr. Amirul Amzar juga memberikan satu nasihat dan pesanan ‘makan dalam’ buat individu tersebut. Beliau juga menceritakan bahawa ini bukanlah kali pertama berlaku.

“Kalau tak boleh pertahankan hujah, jangan bagi minta macam-macam.Hari itu masa rancangan Sila Duduk Jangan Lari, ada dijemput antivaksin. Diminta tiket kapal terbang dan bayaran juga. Last-last, saya masuk tanpa lawan.”

Sekarang, kes yang sama berlaku. Sampai minta RM10 000.

 

Baca :  “Polio tu boleh sebabkan lumpuh seumur hidup” – Virus Polio Kembali Semula Lepas 27 Tahun Hilang Dari Malaysia

Polio2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.