Remaja Rongak, Gigi Bersepai Angkara Vape!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Ramai perokok-perokok di luar sana, menghisap vape bagi menggantikan ‘ketagihan’ mereka terhadap rokok.

Malah ada juga yang menghisap vape sekadar suka-suka atau pun mengikut trend semasa.

Namun pengguna vape perlu berhati-hati kerana alat itu mudah meletup sehingga mengakibatkan kecederaan.

Vape meletup, gigi berkecai!

Seorang remaja dari New Orleans, Amerika Syarikat, Christopher Krein 21 tahun terpaksa berhadapan detik mengerikan apabila giginya berkecai dan rahangnya pecah di tiga bahagian.

Hanya disebabkan ‘pen vapingnya’ meletup!

Sumber : fox8live

Mailan Krein, ibu kepada Christopher berkata dia selalu menegur tabiat anak lelakinya itu yang kuat merokok, so dalam usaha untuk mengurangkannya, Christopher mencuba vape pula.

Ketika Krein sedang bekerja, dia menerima panggilan daripada suaminya yang memaklumkan bahawa anak mereka kini berada di wad kecemasan.

“You have to get to ER Oschner. Christopher’s face blew up,”

Krein berkata, pada ketika itu dia berasa cukup terkejut selepas suaminya memaklumkan mulut anak lelakinya itu hancur gara-gara pen vapingnya meletup.

Menurut fox8live, Christopher dikejarkan ke hospital dimana rahangnya didapati pecah di tiga bahagian, beberapa serpihan logam melekat di mulutnya dan giginya hancur.

“Dia juga memerlukan darah tambahan kerana terdapat pendarahan teruk, tetapi saya paling bimbangkan dia akan kehilangan lidahnya, syukur ianya masih OK.”

Mailan Krein

Waktu kejadian sebenarnya Christopher sedang bersiap untuk ke tempat kerja, sebelum tiba-tiba berlaku letupan kuat, malah Christoper memaklumkan dia seolah-olah berasa seperti ada tembakan di dalam mulutnya..uisshh ngerinyaaa..

Jenama vape banyak bermasalah rupanya…

Disebabkan kejadian tersebut, Christopher menyalahkan jenama pen vapingnya kerana sebelum ini katanya laman web jenama tersebut ada memuat naik amaran mengenai bateri pen vaping tersebut boleh gagal dan meletup..kalau dah tau kenapa beli jugak kan…

Note : Kegagalan biasanya berlaku apabila pengguna menggunakan bateri dengan cara yang salah.

Difahamkan bahawa keluarga Christopher telah melantik seorang peguam untuk mengambil tindakan perundangan dan berhadapan dengan bill perubatan setinggi RM1.25 juta..perghh! mahal tu.

Baik stop guna vape lagi senang, selesai masalah!

Baca : Memalukan martabat Islam Wanita Berhijab Buat Skill Vape Undang Tohmahan Ramai

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.