in

“Ramai lagi lah yang minta DG step down” – Rita Rudaini

Ritalana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan persoalan dan pendapat pelakon Lana Nodin mengenai Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi tumpuan rakyat Malaysia, rakan artis Rita Rudaini meluahkan pendapat yang sama menerusi IG Story miliknya.


 

“Saya tak rasa statement Lana Nodin tu salah” – Rita Rudaini

Sebelum ini, Lana Nodin dikatakan membuat kenyataan berharap agar Tan Sri Noor Hisham untuk letak jawatan, ia berikutan dengan foto beliau yang dikatakan tidak memakai pelitup muka ketika di dalam pejabat dan menggesa beliau untuk letak jawatan

Berikutan dengan kehangatan isu ini, Rita Rudaini turut mencurahkan pendapatnya menerusi IG Story pada 21 jam lepas (sepanjang tempoh artikel ini ditulis).

Pada pendapat pelakon filem Mami Jarum itu, bukan Lana sahaja mahukan DG Hisham letak jawatan, ramai lagi yang mahukan perkara yang sama termsuklah dirinya sendiri.

Sistur pun sokong DG Stepdown.”

Image From Ios 13 1

Selain itu, Rita juga menyatakan bahawa Lana Nodin juga mempunyai hak untuk bersuara seperti rakyat Malaysia yang lain. Katanya lagi, tidak adil jika netizen sahaja yang menyuarakan pendapat mereka.

Image From Ios 14 1

Sementara itu, ketika isu mengenai Lana Nodin sedang hangat, Penerbit dan Pengarah, Michael Ang ada membuat satu kenyataan. Michael Ang yang cukup terkenal dengan kelantangannya itu muat naik post di Instagram menempelak seseorang individu.

 

“Semua isu hang nak masuk”

Disebabkan itu, Rita Rudaini turut memberikan respon kepada Michael Ang. Ini kerana ia dikatakan ada kaitan dengan isu yang sedang rancak diperkatakan ini.

Image From Ios 12 3

Dalam pada itu, Rita juga meminta warganet di luar sana untuk tidak mengaitkan keluarga dan anak-anak seseorang itu jika warganet rasa tidak puas hati dengan individu tersebut, pendek kata menegur jangan sampai menghina dan mengeji.

 

Baca : Muat Naik Story ‘Sound’ TS Noor Hisham, Netizen Pelik Tengok IG Story Lana Nodin?\

Lana8

Sumber: IG Story
Sumber: IG Story

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.