Jumaat lepas, Presiden Amerika Donald Trump dan isterinya, Melania Trump disahkan positif Covid-19. Namun, tidak sampai seminggu dirawat Trump dilaporkan sudah dikeluarkan dari hospital, hanya selepas 72 jam dimasukkan ke dalam wad.
Melalui Twitter, Trump sendiri mengesahkan beliau telah menerima rawatan di Hospital Tentera Walter Reed, Maryland dan dibenarkan untuk keluar selepas menerima rawatan selama tiga hari. Trump malah berkata kepada seluruh rakyatnya untuk tidak takut dengan virus yang telah membunuh lebih 200,000 di negara berkenaan.
Saya berasa sangat sihat. Jangan takut dengan Covid-19. Jangan biar ia menguasai hidup kamu.”
I will be leaving the great Walter Reed Medical Center today at 6:30 P.M. Feeling really good! Don’t be afraid of Covid. Don’t let it dominate your life. We have developed, under the Trump Administration, some really great drugs & knowledge. I feel better than I did 20 years ago!
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) October 5, 2020
Balik White House, buka ‘mask’
Trump dilaporkan telah pulang ke White House manakala isterinya Melania masih menerima rawatan di hospital. Beliau dikatakan akan terus dirawat di White House oleh doktor-doktor yang telah ditugaskan.
Melalui sebuah video yang viral di media sosial, Trump dilihat dengan membuka pelitup muka dan memberikan isyarat tangan ‘good’ serta turut membuat ‘tabik’.
Nafas semput tapi pura-pura macam sihat
Seperti semua tahu, Trump sememangnya sejak awal lagi tidak percaya dengan virus Covid-19 ini malah pernah berkata ianya hanyalah penipuan.
Demi membuktikan Covid-19 ini bukan sesuatu yang serius dan perlu ditakutkan, Trump dilihat berpura-pura seolah-olah semuanya baik-baik sahaja padahal dalam video itu memang jelas kelihatan nafasnya semput.
Tinggalkan hospital lepas 72 jam terus gerak berkempen dengan semput semputnya just want to prove that the virus is nothing.”
Mamat ni bebetul gila beb. Tinggalkan hospital lepas 72 jam terus gerak berkempen dengan semput semputnya just want to prove that the virus is nothing. Semoga dipercepatkan & dipermudahkan urusan beliau. https://t.co/R8SPdwEvpj
— anep ?? ? (@hanifjamals) October 6, 2020
Ramai kecam termasuk bekas Presiden Amerika
Disebabkan tindakan pentingkan diri dan tidak sensitif Trump itu, ramai pihak yang mengecamnya termasuklah bekas bekas Timbalan Presiden Amerika, Joe Biden.
Menurut Joe, beliau tidak terkejut ketika Trump disahkan positif Covid-19 minggu lepas. Selain Joe, pelakon Captain America Chris Evans turut menyelar tindakan Trump itu. Kata Chris,
Kamu dijaga sepenuh masa oleh doktor-doktor terbaik menggunakan ubat-ubatan yang terbaik. Kamu rasa semua orang boleh dapat kelebihan seperti itu? Malangnya, saya yakin kamu sedar dengan perbezaan itu (tapi) kamu tidak mempedulikannya.”
Don’t be afraid of Covid?!
You’ve been under round-the-clock care by the best doctors using the best drugs. Do you really think everyone has access to that?!
Sadly, I’m sure you’re aware of that disparity, you just don’t care
This is reckless to a shocking degree, even for you https://t.co/H8CGlD9DcZ
— Chris Evans (@ChrisEvans) October 5, 2020
Malah Daily Mail melaporkan ketika dipersoalkan tentang isu ini, Trump berkata,
Mungkin saya kebal (dari virus Covid-19)?”
Bayangkan betapa bahayanya nyawa mereka-mereka yang bekerja di White House, yang bekerja rapat dengannya serta kru helikopter yang membawanya pulang dari hospital. Malah, helikopter itu juga turut perlu dinyah kuman selepas dinaiki presiden berusia 74 tahun itu.
Pray for all the WH staffers and WH correspondents who have to go back to work in the morning. We have a maskless and infectious Trump on the loose again inside. #COVID19 https://t.co/wrwHhkvx6T
— Eric Feigl-Ding (@DrEricDing) October 6, 2020
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) October 5, 2020