in

Posmen Lastik Anjing Dalam Video Tular Kini Digantung Kerja Sementara Siasatan Dalaman Dibuat

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Persatuan Haiwan Malaysia telah memuat naik video ke Facebook mereka menunjukkan rakaman CCTV seorang posmen bertindak melastik muka anjing peliharaan di rumah.


Di dalam video tersebut, dapat dilihat ketika lelaki itu datang di depan rumah, dia telah cuba menakut-nakutkan anjing yang sedang menyalak tersebut dengan motornya sebelum keluarkan getah dan melastik muka anjing melalui pagar rumah yang bertutup.

Ekoran dari tindakannya ini, anjing tersebut dikatakan telah mengalami kecederaan pada sebelah matanya. Macam korang boleh tengok, lepas kena lastik, menggelupur jugalah anjing tu lari.

Screenshot 2021 02 23 At 5.55.57 Pm

Kadang kala kasihan nasib anjing. Diluar dikatakan mengganggu dan menakutkan pengguna jalan raya. Dalam pagar pula malah dilastik.

Bertahun kerja takkan tidak biasa dengan psikologi anjing dan tak ada training bagaimana menguruskan emosi ketika ada ancaman haiwan jalanan yang garang?

Perkara ini tak akan ada kesudahan melainkan barisan penghantar ini mendapat pendidikan emosi berdepan dan menangani ancaman haiwan seperti anjing ini.

Kata orang tua-tua. Kalau dah benci tu yang tak elok sahaja akan dipandang selamanya. Kalau suka walau ada risiko tetap cari jalan keluar dan penyelesaian.

Bila minda masyarakat begini mahu diubah? Anjing jangan diprovok!

Screenshot 2021 02 23 At 5.55.37 Pm

Bercakap dengan WORLD OF BUZZ, Pos Malaysia mengesahkan yang pihaknya telah pun mengenal pasti posmen yang terlibat dan sudah pun menggantungnya dari tugas sementara siasatan dalaman dilakukan.

Kami telah pun mengenal pasti posmen di dalam video tersebut dan dia telah pun digantung tugas serta merta sementara menunggu keputusan siasatan.

Pos Malaysia tak bertolak ansur dengan salah laku dari mana-mana pekerja kami dan tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk menamatkan perkhidmatan mereka.”

Baca: “Kerja menimbun, tapi tak bagi bonus” – Luahan Abang Posmen Undang Simpati Netizen

Screenshot 2021 02 23 At 6.06.28 Pm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.