in

Pernah Kongsi Agenda Antivaksin, Abang Arwah Siti Sarah Mengaku Derita Dijangkiti Covid-19

Collage 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, selepas arwah Siti Sarah meninggal dunia akibat Covid-19, abangnya Ahmad Firdous pula bertarung nyawa di ICU kerana dijangkiti wabak ini.


Selepas hampir dua bulan dimasukkan ke dalam hospital, akhirnya Firdous telah pun dibenarkan untuk pulang ke rumah namun masih belum pulih sepenuhnya.

Baru-baru ini, Firdous telah membuat FB live di Facebook peribadinya untuk kongsikan pengalamannya sendiri ketika berada di hospital serta beberapa perkongsian untuk orang lain.

Screenshot 2021 09 29 At 12.31.07 Pm

Dalam siaran langsung tersebut, abang kepada Allahyarham Siti Sarah ini turut mengakui yang sebelum ini dia pernah menjadi antivaksin, namun selepas melalui sendiri penderitaan akibat Covid-19, dia bercadang untuk ambil vaksin apabila dia sembuh sepenuhnya nanti.

Saya akan ambil bila saya dah sihat. Vaksin tu inshaAllah saya ambil.”

Pun begitu, Firdous turut mengatakan yang dia tak memaksa mana-mana pihak untuk mengambil vaksin namun turut mengakui akan kepentingannya.

Selain itu, lelaki ini turut meminta maaf atas posting-posting antivaksin yang pernah dia buat sebelum ini serta turut berterima kasih dengan doktor dan jururawat yang bertungkus-lumus menjaganya ketika dia di ICU.

Dulu ada orang kata saya tulis cakap doktor tu pembunuh lah apa lah, aku tak tahulah aku ada tulis ke tak, tak ingat.

Tapi saya minta maaf dan terima kasih banyak-banyak kepada doktor dan nurse. Frontliners saya respect.

Apa-apa terjadi kencing berak, dia yang lap. Macam mana kita nak hina dia lagi. Tulah orang kata, bila dah kena baru tahu.

Bila dah kena baru kita rasa teruknya kita menyebarkan benda yang tak benar, tak baik padahal dia yang tolong kita.”

Akhirnya beliau percaya

Perkongsian dari Firdous ini turut mendapat perhatian pegawai perubatan Khairul Hafidz yang turut kongsikan video ini di Twitter.

Alhamdulillah, moga jadi pengajaran untuk orang lain.

 

Baca: “Ibarat peluang kedua” – Lepas Lebih Sebulan Bertarung Nyawa, Abang Arwah Siti Sarah Sembuh Dari Covid-19

Screenshot 2021 09 29 At 12.36.53 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.