in

“Perangai cam budak-budak” – Abang Umur 40 Tahun Tumbuk Adik Umur 34 Tahun Sebab Suka Main Suis Lampu

Combine Rumah Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gurauan antara adik-beradik dah jadi lumrah dalam hidup berkeluarga. Hal ini boleh mengeratkan hubungan keluarga yang mungkin agak sedikit renggang antara satu sama lain. Namun, dalam bergurau tu ada limit nya. Jangan sampai berlaku pergaduhan atau pertelingkahan yang melampau antara dua pihak.


Satu kejadian berlaku di Dungun, Terengganu dimana seorang pembantu kedai cedera akibat dibelasah oleh abang kandungnya yang berusia 40-an selepas dituduh suka bermain bermain suis lampu di kediaman mereka, lapor Sinar.

Kejadian berlaku sewaktu wanita yang berusia 34 tahun itu sedang berehat di ruang tamu sebelum didatangi oleh suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, suspek tiba-tiba meluru ke arah mangsa dan bertindak menumbuk kedua-kedua belah muka mangsa dengan kuat. Takkan lah sampai nak tumbuk adik sendiri.  

Tumbuk

Setelah itu, suspek bertindak dengan memukul kesemua anggota badan mangsa sambil meluahkan rasa tak puas hati dengan tindakannya yang dikatakan suka bermain suis lampu.

Susulan kejadian itu, mangsa mengalami bengkak di bahagian muka dan sakit di seluruh badan.

Pukullll

Risau dengan tindakan abangnya yang turut melakukan hal yang sama terhadap ahli keluarga lain , mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Baharudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012.

 

Komen Fb 2 1

Komen Fb 3

 

Kalau ye pun nak bergurau mesti kena dengan cara kan. Apa-apa pun harap kes ni dapat settle dengan baik. Adik-beradik kot. 

Baca : “Nak cari duit Youtube jangan budak jadi mangsa” – Jutawan Kosmetik Disyaki Pukul Anak Angkat Dengan Kasut, Geram Menangis Maasa Raam Video

Pukul Anak

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.