Penangan ‘Boy With Luv’, BTS Masuk Guinness World Records!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Fenomena kumpulan Kpop BTS yang menjadi kegilaan jutaan ‘army’ seantero dunia ni nampaknya semakin menjadi-jadi!

Kali ini, Bangtan Boys terus melakar sejarah tersendiri apabila mendapat pengiktirafan Guinness World Records kerana berjaya memecahkan tiga rekod dunia sekali gus.

Daebak!

Semua ni sebab penangan video klip ‘Boy With Luv’ yang menampilkan kolaborasi mereka bersama Halsey itu — mencatat jumlah tontonan paling tinggi iaitu sebanyak 78 juta tontonan dalam tempoh 24 jam selepas dimuatnaik di YouTube!

Jumlah tertinggi itu sekali gus meminggirkan rekod yang pernah dicatat kumpulan Blackpink menerusi hit ‘Kill This Love’ yang hanya berjaya mendapat 54 juta tontonan dalam masa 24 jam sebelum ini.

Dalam laman Twitternya, Guinness World Records mengucapkan tahniah di atas kejayaan besar BTS dan turut menyenaraikan tiga rekod yang berjaya dipecahkan oleh kumpulan yang sedang mendunia itu.

Tahun lalu, BTS turut memecah rekod YouTube apabila video klip ‘Idol’ mencatatkan sejumlah 45 juta tontonan dalam tempoh 24 jam — memintas rekod yang dipegang Taylor Swift menerusi video klip ‘Look What You Made Me Do’ yang hanya mencatat 43.5 juta tontonan.

Kejayaan lagu ‘Boy With Luv’ turut meletakkan kumpulan itu kini berada pada kedudukan ketiga dalam carta Spotify’s Global Top 200.

Lebih membanggakan, single lain dalam album Map of The Soul: Persona itu juga berjaya menduduki tangga 50 tertinggi dalam carta.

 

Baca: “Jangan sampai hidup awak musnah kerana ARMY” – Ancaman ‘Menggerunkan’ Penyokong BTS Buat Netizen Terbahak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.