in

Pembantu Rumah Curi Jam, Jual Dekat Online & Kantoi Lepas Majikan Menyamar Jadi Buyer

Ft Kantoi Curi Jam Majikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pekerja domestik dari Singapura berusia 38 tahun ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara atas kelasahan mencuri barang dari majikannya.


Menerusi sumber, pekerja, Sixon Jenelyn Villaruel bekerja untuk sebuah keluarga ini sejak tahun 2013. Antara bulan Mei dan Julai tahun ini, Sixon telah mencuri barang majikannya untuk melangsaikan hutang dengan ceti.

Menurut hasil siasatan, Sixon dah beberapa kali ‘kantoi’ dengan majikan sebab curi barang lain seperti rantai emas, jam dan wang tunai sebanyak S$7,000 (RM21,524.26). Hasil curian itu telah mamkan kos bernilai S$17,503 (RM, 53,819.88) dan telah membelanjakan sebanyak S$15,600 (RM47,968.35).

Kantoi dekat Carousell

Awal Julai lalu, majikan Yan Xiucheng dapat tahu jam tangan miliknya tiba-tiba hilang selepas lihat satu pos jualan di Carousell yang mirip seperti jam tangan miliknya.

Harga jam tangan yang bernilai S$1,000 (RM3,074.89) itu dijual dengan semula dengan harga S$500 (RM 1,537.45). Yan juga perasan nama penjual yang dikenali sebagai ‘Jen’ itu sama dengan nama kedua pembantunya, iaitu Jenelyn.

Kantoi Curi Jam Majikan

Malah Yan juga perasan menerusi gambar yang dimuat naik oleh penjual itu dimana telefon yang digunakan sama seperti telefon milik pembantunya.

Yan kemudian bertindak menyamar sebagai pembeli dan aturkan perjumpaan dengan penjual itu (pembantunya Sixon) di sebuah stesen MRT pada jam 7 pm.

Pembantu itu di serbu oleh pihak polis dan ditangkap di tempat mereka patut bertemu sebelum jam tangan milik Yan dipulangkan semula.

Menurut laporan Shin Min Daily News, pembantu itu merayu untuk tidak ditangkap kerana dirinya seorang ibu tunggal dan anaknya menghidap penyakit asthma. Dia seorang yang tanggung keluarganya dan perlu tanggung kos perubatan ibunya.

Dia juga akui bahawa dia takkan curi duit itu jika dia tidak diperdaya oleh Ah Long. Pembantunya dijatuhkan hukuman penjara selama 7 bulan.

 

Baca : [VIDEO] Kecewa, Cari Duit Nak Bertunang Sekali GF Kantoi Curang Keluar Dengan Lelaki Lain

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.