in

Pekerja Buruh Berdepan Hukuman Penjara 14 Tahun gara-gara Ugut Warga Emas RM2

Wargaemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara RM 2, seorang buruh bakal berdepan dengan hukuman penjara kerana memeras ugut seorang warga emas.



Suspek mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini kerana pertuduhan itu yang berlaku pada 2 bulan lalu.

Tertuduh 27 tahun, Muhamad Fikrianisfatullah Mohd. Azmi, 27 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin, lapor Kosmo!

Namun begitu hukuman akan ditetapkan pada 6 Julai depan samada dia didapati bersalah ataupun tidak.

Whatsapp Image 2021 06 08 At 2.24.15 Pm

Berdasarkan pertuduhan, suspek didakwa melakukan pemerasan kepada Nik Som Ismail, 63 tahun sehingga menyebabkan ketakutan kerana dia ugut mahu mencederakan mangsa sebelum wang tunai RM 2 diberikan kepadanya.

Ia berlaku di sebuah rumah di Kampung Kubang Siput, Pasir Tumboh sekitar jam 4.35 petang pada 5 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Ugut3 Ugut2

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin diberikan kepada tertuduh.

 

Baca : “Arah mangsa lelaki bogel, tumbuk sampai lebam” – 2 Anggota Polis Cabul & Peras Ugut Pasangan Kekasih Tak Mengaku Bersalah

Ugut4

Sumber: Kosmo!
Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.