in

“Orang macam kami, ada kerja, ada gaji. Tidak ada kerja, tak ada gaji” – Fauziah Nawi ke Istana Negara, Luah Tekanan Anak Seni Ketika Covid-19

Ft Ibufauziah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon veteran yang mesra dengan panggilan Ibu, Fauziah Nawi sebentar tadi meluahkan rasa lega selepas akhirnya dapat berkongsi masalah yang terpendam berkenaan keperitan dihadapi anak-anak seni ketika ini.


Melalui Facebook, Ibu menjunjung kasih di atas keprihatinan dan kepekaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap keadaan sebenar yang diharungi penggiat seni akibat Covid-19.

Shooting2

Ibu bersama beberapa rakan seperjuangan telah bertemu pegawai Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada pagi tadi selepas mendapat titah perkenan baginda.

“Alhamdulillah, atas titah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda, patik bersama beberapa rakan seperjuangan dapat untuk bertemu dengan pegawai-pegawai Istana Negara pada pagi hari ini.”

“Dalam pertemuan ini, patik-patik semua telah diberi peluang meluahkan dan menyuarakan masalah dan keperitan yang dihadapi serta keadaan sebenar yang diharungi oleh anak-anak seni pada ketika ini.”

Alhamdulillah. Moga ada sinar buat semua anak seni dalam setiap cabang seni.

Posted by Fauziah Nawi on Wednesday, February 10, 2021

“Patik-patik semua juga telah memberi beberapa pandangan dan cadangan supaya anak-anak seni, tanpa mengira cabang seni yang kami ceburi, khususnya supaya diberi kelonggaran dengan ketetapan SOP untuk bekerja mencari rezeki demi kelangsungan hidup kami dan keluarga-keluarga kami.”

Orang macam kami, ada kerja, ada gaji. Tidak ada kerja, tak ada gaji. Sejak penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan PKP, anak-anak seni tidak terkecuali dari tekanan ekonomi yang melanda ramai rakyat Malaysia dipelbagai sektor perniagaan yang disekat untuk beroperasi.”

Shooting3

Ibu juga turut berterima kasih kepada pihak MKN, KKMM, KKM, FINAS dan semua persatuan-persatuan atas usaha dalam menangani masalah tersebut selain mendoakan kesejahteraan YDP Agong serta Raja Permaisuri Agong.

“Semoga luahan dan perkongsian patik-patik semua ini mendapat perhatian KDYMM Seri Paduka Baginda yang amat prihatin terhadap nasib dan keperitan hidup rakyat yang amat terkesan akibat penularan wabak Covid-19.”

Baca: “Benarkanlah kami shooting” – Penerbit Fadzil Teh Minta Kerajaan Izinkan Syarikat Produksi Jalani Penggambaran

Baru 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.