in

“Omicron BA.4 & BA.5” – Subvarian Baru Covid-19 Dikesan, Pakar Kesihatan Ramal Ramai Dijangkiti Semula Tahun 2022

Page Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Trend peningkatan kes harian Covid-19 di negara kita dilihatkan semakin menjadi-jadi selepas semalam mencatatkan kes baharu melebihi 3,000 kes iaitu sebanyak 3,561 selepas kali terakhir mencatatkan jumlah 3,029 pada 13 Mei lalu.

Menurut Buletin TV3, peningkatan itu disebabkan oleh pengesanan penularan Omicron dengan subvarian baru iaitu BA.4 dan juga BA.5 yang boleh menyebabkan pesakit boleh dijangkiti semula salah satu varian itu dalam masa dua ke tiga minggu.


Perkara ini disahkan oleh Pakar Epidemiologi dan Kesihatan Awam, Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Fakulti Perubatan di Universiti Malaya iaitu, Prof. Dr. Noran Naqiah Mohd. Hairi dengan mengatakan seseorang itu boleh dijangkiti semula buat kali kedua dan ketiga.

Covid 1

“Omicron varian BA.4 dan BA.5 memiliki kadar keberjangkitan yang lebih tinggi daripada varian dan subvarian COVID-19 sebelumnya. Malah ia lebih berupaya mencegah pertahanan imun yang disebabkan oleh vaksin atau oleh jangkitan semula jadi” – Ujar Prof. Dr. Noran Naqiah

“Subvarian baru ni merebak pantas”

Tambahnya lagi, kebimbangan itu menyebabkan tahun 2022 ini diramalkan akan mempunyai ramai bilangan pesakit yang dijangkiti semula dengan wabak Covid-19 terutamanya yang melibatkan varian BA.4 dan BA.5

Semalam, Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin juga telah memberi amaran kepada orang ramai menerusi Twitternya @Khairykj, supaya jangan mengambil ringan tentang jangkitan wabak Covid-19 kerana kedua-dua subvarian Omicron ini (BA.4 dan BA.5) merebak dengan pantas.

Beliau juga menasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati dan sentiasa memakai pelitup muka kerana jangkitan semula varian itu boleh memudaratkan sistem imun badan selain dari meningkatkan risiko ke hospital dan juga kematian.

Korang semua pastikan perlindungan diri sendiri tu betul-betul terjaga okay? Stay safe!

Baca: Gelombang Baharu Covid-19 Bakal Melanda Malaysia Lebih Awal Dari Jangkaan – KJ

Untitled 3 2

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.