Tindakan berselindung seorang pramugari selepas pulang dari China telah mengundang kecaman warganet kerana perbuatan yang dia anggap hanya ‘tipu sunat’ itu boleh mengundang bahaya.
Perkongsian dari instastory itu mendapat perhatian netizen ini sebelum ia dikongsikan semula di Twitter miliknya dan viral mencecah lebih daripada 7,600 jumlah retweets.
Of course I cakap tak, nanti tak pasal pasal”
Dalam perkongsian yang telah di screenshot oleh Mira Suhaira ini menunjukkan ig story ketika buat reservation untuk buat rawatan muka.
Ketika ‘orang spa’ tanya dia samada ada merantau baru-baru ini atau tidak, dia menipu kata tak ada, walhal pekerjaannya memang kena banyak travel.
Perbuatan yang sama juga dilakukan ketika dia pergi check up dekat sebuah hospital di KL kerana suhu badan menarik.
Semasa ditanya jururawat soalan yang sama, dia juga menafikannya, mungkin takut kena kuarantin atau kena suspek virus?.
Alasannya, dirinya tak perlu menjelaskan segala tempat yang dia pergi kepada semua orang kerana perkara itu memang kerjanya, lebih-lebih lagi jika dia baru pulang ke China.
“Kita pergi kerja je, tak turun kapal pun”
Katanya perbuatan itu dilakukan hanyalah tipu sunat.
Ramai yang bengang baca kenyataan krew penerbangan ini dan labelkan dia ni selfish, manakan tidak sekarang ini tengah musim virus berjangkit, jadi tak kisahlah kerja apa sekalipun sepatutnya kena concern, apatah lagi kalau kerja travel sana sini yang kena hadap ramai orang macam dia ni.
Jangan jd selfish sbb virus ni boleh dirawat… – Netizen
Hurm, kalau buat apa-apa atau mengeluarkan kenyataan yang mencurigakan, seeloknya tak perlu nak kongsikan di media sosial,, dan sepatutnya tahun 2020 ni kena lah bertanggungjawab.