“Ni taksub sangat ni” – Lelaki ‘Simpan’ 6 Anak Selama 9 Tahun, Suruh ‘Tunggu Sampai Kiamat’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kehadiran seorang lelaki di sebuah kafe telah membongkar kisah pelik tapi benar tentang kehidupannya dan 5 beradik yang lain. Menurut Metro, seorang warga emas berusia 58 tahun didapati ‘menyimpan’ 6 orang anak yang dijaga sejak kecil di sebuah bilik rahsia dalam rumahnya.

Keenam-enam mereka berusia di antara 16 dan 25 tahun dan dilaporkan langsung tidak pernah keluar dari rumah ladang yang terletak di Ruinerwold, Drenthe dekat Belanda.

Sumber: Metro

Pihak polis berkata, mereka semua dikurung selama 9 tahun dan ketika ditemui, ‘bapa’ mereka itu dilihat terlantar atas katil disebabkan strok.

Dia dikatakan telah ‘brainstorm’ 6 beradik itu dengan mengatakan ‘hanya mereka manusia yang hidup di atas bumi ini’. Bukan itu saja, mereka juga ‘diajar’ untuk bersedia ‘menunggu akhir zaman’.

Sumber: Metro

Disebabkan tak tahan, abang sulung itu akhirnya membuka mulut. Difahamkan dia telah pergi ke kafe itu beberapa kali namun baru kali ini dia membuka mulut. Kata pemilik kafe,

Dia nampak sangat keliru. Dia minum 5 bir. Kemudian saya berbual dengannya dan dia beritahu saya dia telah melarikan diri serta memerlukan bantuan. Kami pun menelefon polis.”

Dia kata dia mempunyai adik beradik yang tinggal di ladang. Dia juga beritahu dia yang sulung dan mahu mengakhiri cara hidup mereka.”

Sumber: Metro
Sumber: Independent

Pihak polis yang kemudian membuat serbuan dan mendapati 6 beradik itu disimpan dalam sebuah bilik yang diakses melalui laluan tangga rahsia di ruang tamu tersembunyi di belakang sebuah almari.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan apa yang berlaku terhadap ibu mereka dan apakah kaitan 6 remaja terbabit dengan warga emas itu. Polis telah pun mengarahkan agar kawasan sekitar ladang itu ditutup selepas warga emas itu ditangkap untuk membantu siasatan.

Sumber: Metro

Menurut penduduk setempat di bandar itu, ladang terbabit dikelilingi pagar yang tinggi selama beberapa tahun dan ia dimiliki oleh seorang lelaki yang dipercayai menyewakannya kepada warga emas terbabit. Namun, pemilik ladang itu mengaku tidak tahu apa-apa tentang penyewa dan 6 beradik tersebut.

Scary weh! Kenapa pemikiran lelaki tua tu macam ni… Nasib dapat diselamatkan.

Baca: ‘Elisabeth Fritzl’ : Disangka Hilang 24 Tahun, Rupanya Dikurung Dan Jadi Hamba Seks Bapa Sendiri Sampai Lahirkan 7 Anak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!