in

“Nape anak dua dua tak comey?” – Ada ‘Datin’ Kritik Muka Anak Mawar Rashid, Kena ‘Serang’ Balik Dengan Peminat

Ft Mawarcinta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mawar Rashid ada kongsikan gambar anak perempuannya berusia dua bulan, Raden Seri Rosabella Cinta baru-baru ini namun seorang ‘Datin’ telah memberikan komen jelek di posting tersebut.


Menerusi gambar tersebut, Mawar dilihat mendukung anaknya yang lengkap berpakaian serba pink bersera caption “Mommy’s girl or daddy’s girl?”

Ramai peminat Mawar teruja dan suka melihat kecomelan Cinta dan berpendapat bahawa wajah bayinya itu saling tidak tumpah seperti bapanya, Raf Yakob.

 

“Nape tak comey?”

Tapi, dalam banyak-banyak komen pujian itu rupanya ada terselit satu komen kurang elok daripada ‘Datin’ yang mengkritik wajah kedua-dua anak pasangan tersebut, Cinta dan Rafael. Kata wanita itu kononnya wajah mereka tidak secantik dan sekacak ibu serta bapa mereka.

Nape anak dia dua dua tak comey?”

Kritik1

 

“Budak pun nak body shaming ke?”

Komen negatif itu mendapat perhatian ramai pengikut dan peminat Mawar di Instagram yang tampil mempertahankan dua kanak-kanak terbabit. Menurut mereka, semua kanak-kanak comel dan tidak seharusnya dikritik sebegitu oleh orang dewasa.

Kritik2

 

Kritik3

Seorang netizen sempat menasihati ‘Datin’ itu untuk memadam komen berkenaan untuk menjaga hati Mawar, risau jika pelakon berusia 26 tahun itu terasa selepas membacanya.

Selain itu beberapa netizen lain turut mengkritiknya kerana ‘condemn’ ciptaan Allah serta mengingatkan ‘Datin’ berkenaan agar mengunci mulut jika tiada benda baik yang ingin dikatakan.

Kritik4 Kritik5 Kritik6

View this post on Instagram

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Tidak pasti sama ada komen itu sudah dipadam dan jika akaun Instagram itu adalah palsu namun ramai peminat yang meninggalkan komen positif buat Mawar Rashid dan anak-anaknya.

Baca: “Have some respect” – Nabil Mahir Bengang Ada Yang Pandai-pandai Umum Ayda Jebat Mengandung?

Collage 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.