in

“Nak vaccine card, boleh masuk masjid” – Doktor Di PPV Dedah Penerima Suruh Nurse Tipu Cucuk Vaksin

Vaksinkosong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang kecoh timbulnya isu individu mendakwa diri mereka menerima ‘vaksin kosong’, muncul pula satu kerenah dimana orang awam mahukan ‘vaksin kosong’ itu.

Hal ini didedahkan sendiri oleh seorang doktor yang bertugas di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Cyberjaya yang dikenali sebagai Fauzi menerusi Twitter miliknya hari ini.


 

Minta ‘vaksin kosong’ sebab nak kad, boleh pergi masjid

Katanya, dia didatangi oleh seorang lelaki dalam lingkungan 40-an untuk menerima suntikan vaksin, namun begitu saat tiba gilirannya menerima suntikan, individu terbabit meminta agar tidak memasukkan cecair vaksin tersebut.

Menurut Fauzi, individu itu hanya mahukan kad vaksin supaya senang pergi ke masjid. Perkongsian mengejutkan ini telah meraih 9,000 jumlah retweet dalam masa 5 jam ia dikongsikan.

Ketika dihubungi oleh Team Lobak Merah, Fauzi menjelaskan bahawa hal ini bukanlah pertama kali terjadi, katanya, individu yang melakukan perkara sedemikian rupa dikatakan datang dari Rawang yang ingin mendapatkan vaksin di PPV Cyberjaya, tempat Fauzi bertugas.

Jelasnya lagi, perkara ini kebiasannya terjadi kepada individu yang datang dari kawasan tersebut. Memandangkan tweet ini tular, ada netizen kongsikan screenshot komen daripada pengguna TikTok yang mempunyai tujuan yang sama. Datang PPV sebab nak dapat kad/sijil tapi tak nak suntik.

Suntikvaksin

Suntikvaksin2

Suntikvaksin3

Atas tindakan individu tersebut, Fauzi menjelaskan kepada Tema Lobak Merah bahawa dia memanggil semula (recounsel) individu terbabit namun individu itu berkeras untuk tidak mahu ambil vaksin tersebut.

“Saya recounsel dia masih tak nak sebab katanya ada darah tinggi tak terkawal. Takut side effect masa depan dan tak nak pergi masjid.”

Ketika Fauzi tanya kebarangkalian jika dia menyebarkan virus Covid-9 kepada jemaah lain, Fauzi beritahu ini jawapan itu individu tersebut.

” Takpe katanya asalkan dia dapat pergi masjid. “

Biarpun Fauzi telah cuba meyakinkan kepada individu itu untuk ambil vaksin, individu tersebut berkeras untuk tak nak mengambilnya dan hanya mahukan kad sahaja.

Oleh sebab itu, individu tersebut diarah untuk meninggalkan PPV tersebut sebelum Fauzi buat laporan menerusi MySejahtera dan laporan polis.

“Itu yang akan kami lakukan, ikut SOP, kena recounsel dan saya pastikan dalam My Sejahtera dia tak completekan vaksin juga.”

 

Bukan pertama kali.

Memandangkan perkongsian daripada Fauzi ini tular, ramai netizen yang terkejut dan pelik dengan sikap segelintir individu ini.

OIeh itu, Fauzi menasihati orang ramai agar tidak pentingkan diri sendiri dan meminta ahli keluarga untuk pantau orang tua mereka.

“Anak-anak tengok ayah punya whatsapp group dan teman pergi vaksin, bukan pertama kali dah ni.”

Seperti yang diperkatakan tadi, perkara ini bukan lah pertama kali berlaku, dan ada juga yang mahukan kad tapi enggan terima suntikan sebab untuk kerja

 

Baca :“Mungkin kerana penat” – Timb. Menteri Kesihatan Jawab Isu Petugas Suntik Vaksin Kosong

Fi Vaksin 1

 

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.