“Nak sofa baru, kena bg baby baru dulu la…”- Netizen Geli Hati Baca Jawapan ‘Win’ Aeril Zafrel Kepada Wawa

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pasangan suami isteri sememangnya mengharapkan  cahayamata dalam setiap perkahwinan mereka.

Kata orang akan lengkap sebuah ikatan perkahwinan itu sekiranya dikurniakan cahayamata yang akan menjadi penyeri kehidupan ibu dan ayah mereka.

Semalam jejaka pujaan gadis-gadis di Malaysia, Aeril Zafrel memuat naik satu foto dengan isterinya, Wawa Zainal dalam gambar tu Wawa kelihatan sedang memujuk Aeril bagi mendapatkan sesuatu, lepas baca caption Aeril pada gambar tersebut, baru la admin tau rupanya Wawa minta sofa baru.

Itu memang perkara biasa lah dalam kehidupan berumah tangga, si isteri akan meminta suami untuk membelikan sesuatu begitu juga sebaliknya, tapi yang ramai tak tahan bila baca caption Aeril…hahaha memang kelakar si Aeril ni

mcmnilah perempuan kalau mintak sofa baru.??? nak sofa baru, kena bg baby baru dulu la

Sumber : Instagram Aeril Zafrel

Gambar yang dimuat naik Aeril menjadi hits di instagram dan memperoleh 155,000 likes tidak sampai 24 jam ia dipost.

So tak lama lepas itu IG Aeril dibanjiri dengan komen-komen netizen yang terhibur dengan gelagat pasangan romantis tersebut…elehh Aeril bagi hint la tu hahah..

Oder baby mcm order teh ais mamak….

Dia punya nego tu out of the box terus..hahha

Woow hayla nak dapat adik la….

Hahaha..nasib la badannn

Sumber : Instagram Aeril Zafrel

Aeril dan wawa melangsungkan pernikahan pada tahun 2012 dan telah dikurniakan cahaya mata yang comel iaitu Attar dan Hayla.

Kedua-dua pasangan yang bukan sahaja aktif dalam dunia seni malah perniagaan ini juga seringkali menjadi perhatian netizen kerana gelagat Aeril dan Wawa yang sangat sporting dan ‘masuk air’.

Korang tengok la sendiri.

Make up je kerjanya nie….

Bunga tahi ayam je yg mampu saya beri…

Ntah apa2 la aku buat ni, terikut perangai Wawa….

Admin happy sangat tengok pasangan merpati dua sejoli ni, semoga mereka terus romantis dan dikurniakan anak yang comel-comel…amin

Baca : Sebenarnya Netizen Ni Bengap..!- Tajul Dikecam Sebab Kurang Ajar

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.