Nak Ex-Gf atau Ex-Bf Korang ‘Dimakan’ Haiwan Liar? Cuba Pakej ‘Balas Dendam’ Yang Ditawarkan Pusat Haiwan Ini Sempena Valentine’s Day

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang tau tak 14 Februari tu hari apa? Yer tau hari khamis tapi bagi pasangan kekasih, tanggal itu merupakan hari yang dinanti-nantikan iaitu Valentine’s Day!.

So sempena Hari Kekasih yang bakal menjelang tiba, sebuah Pusat Hidupan Liar Oregon di Amerika Syarikat menawarkan cara unik untuk sambut Valentine’s Day ni.

Nak tau macam mana? Pengunjung boleh namakan ikan salmon dengan nama bekas kekasih diorang, lepas tu bagi beruang makan..hah kau! puas hati hahah.

Misi Balas Dendam kepada ‘Ex’ masing-masing

Menurut mStar, Pusat Pemulihan Imej Hidupan Liar itu berkata, promosi Catch & Release itu menawarkan promosi Hari Kekasih tersebut sebagai pertukaran untuk mendapatkan sumbangan sebanyak $20 atau bersamaan RM81.

Tujuannya senang sahaja yer rakan-rakan, iaitu sebagai misi balas dendam daripada pengunjung kepada bekas teman wanita atau teman lelaki masing-masing.

Pusat tersebut berkata, pelanggan boleh bayar untuk dapatkan salmon yang dinamakan sempena bekas kekasih, kemudian salmon tersebut akan dihidangkan kepada beruang coklat bernama Kodi dan yaki..hahaha bapak kejam weh cara ni.

Pusat tersebut juga berkata, pakej tersebut termasuk sijil khas dan gambar-gambar beruang ketika makan salmon tersebut.

So amacam, korang nak try tak? Alah apalah sangat RM81 tu kan kalau nak compare kan dengan rasa sakit hati ini..haha

Baca : Persatuan ex-ex Sufian Netizen Terkejut Elfira Loy Jemput Ex Sufian Suhaimi Ke Majlis Perkahwinannya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.