Collage 38

Siapa je yang tak nak rumah dan dekorasi dalam rumah sama macam pameran-pameran atau gambar yang selalu kita tengok? Nak jugak merasa bila orang datang rumah, dorang puji rumah kita!

Tapi bukan senang nak hias rumah tau! Kadang-kadang tu kita rasa macam dah power nak buat sendiri tapi bila dah beli barang apa semua nak letak mana pun tak tahu. Ataupun, korang dah lama ada bayangan rumah idaman, tapi tak tahu macam mana nak realisasikan dia.

2 3

Kat sinilah Perfect Livin boleh tolong korang! Sebab ini merupakan masa terbaik untuk korang dapatkan tawaran harga yang menarik bagi barangan yang dah lama korang idamkan atau perlukan.

Dekat Perfect Livin Expo, korang boleh tengok sendiri pameran rumah, hiasan dalaman dan produk yang cantik serta dapatkan pendapat dari pakar sendiri!

Screenshot 2020 12 22 At 12.47.00 Pm

P/s: Ada free welcome gift dan pelbagai hadiah dan tawaran yang best!!!

Screenshot 2020 12 22 At 12.48.16 Pm

3 3

So dari sini, korang boleh dapat pemahaman yang lebih mendalam tentang trend terkini hiasan dalaman digabungkan dengan idea-idea segar untuk korang dekorasi setiap bilik di rumah korang mengikut citarasa yang korang nak! Kiranya, walaupun korang ikut trend, identiti sendiri tu tetap takkan hilang.

Kalau korang perlukan inspirasi untuk hias bilik tidur, bilik anak, bilik mandi, dapur atau ruang tamu, Perfect Livin memang tempat yang paling sesuai sekali untuk ni!

1 6

Mana taknya, dengan pengalaman pameran selama lebih 10 tahun, korang boleh tengok pelbagai produk yang komprehensif dari pembaikan rumah, reka bentuk, kemasan dalaman, perabot, tekstil, bilik mandi, dapur, peralatan elektrik dan banyak lagi lah! Pokoknya, semua benda korang boleh dapat dekat sini.

Kalau korang tak percaya, korang boleh pergi sendiri Perfect Livin Expo cuti hujung minggu panjang ni di Pusat Pameran Mid Valley yang akan bermula pada 25-27 Disember ni!

Tak cukup dengan itu, korang juga boleh dapatkan pelbagai idea dan tips menarik mengenai hiasan rumah, DIY, tengok rumah-rumah unik yang ada dekat Malaysia ni atau minta nasihat dari pakar semuanya ada di laman web PerfectLivin.com.

So, apa tunggu lagi? Jom bawa isteri, suami dan anak-anak pergi Perfect Livin Expo! Rugi kalau terlepas ni!