“Nak berparti punya pasal, anak jadi mangsa” – Ibu Ni Tergamak Abaikan Anak Sampai Mati Kebuluran

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Orang kata, kasih ibu membawa ke syurga

Tapi kasih seorang ibu ni pula, tak pasti membawa ke mana.

Kisah ni berlaku di bandar Kirov, Russia.

Cerita dia, nak berparti punya pasal hingga sanggup dia abaikan anak selama seminggu sampai mati kebuluran.

Lebih malang lagi, anak perempuan dia tu ditinggalkan pada hari ulangtahunnya yang ketiga.

Rasa sedih setiap kali baca berita melibatkan penganiayaan kanak-kanak tak berdosa ni, hanya disebabkan oleh orang tua yang terlalu mementingkan diri sendiri.

 

Nenek yang jumpa mayat cucu dia

Semuanya kantoi bila nenek mangsa, Irina Plenkina — datang ke rumah untuk melawat.

Plan dia, nak buat surprise dan bagi hadiah birthday kat cucu — tapi alangkah kecewanya nenek tu bila dia temui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Terkejut dengan penemuan tu, nenek mangsa terus buat panggilan kecemasan dan paramedik sahkan — mangsa dah meninggal dunia.

Bila disoal siasat, nenek mangsa kata anaknya sebelum ni selalu je berhubungan dengan dia setiap hari dan maklumkan semuanya dalam keadaan baik je.

Tapi tak sangka pula, begitu pengakhirannya.

 

Ibu kejam kunci anak dalam rumah

Suruhanjaya Penyiasatan Russia kemudian mendedahkan kekejaman yang dilakukan Maria Plenkina terhadap anaknya.

Difahamkan, Maria mengaku dia sengaja kurung anaknya dalam rumah dan tutup pili air supaya anaknya tak dapat minum — dan menghilang macam angin je selama seminggu, tanpa rasa bersalah.

Sewaktu dalam tahanan, pegawai penyiasat berkata Maria langsung tak menangis atau menunjukkan sebarang kekesalan. Memang hati batu!

Luluh hati nenek mangsa sebaik mendengar pengakuan tu.

Dalam nada kesal, dia berkata ‘If only I had had spotted something was wrong, I would have taken the girl to me.’

Tapi, nasi dah jadi bubur dah pun.

 

Baca: “Anak dari neraka!” – Lelaki Kerat Mayat Ibu 1000 Bahagian Dan Simpan Dalam Tupperware

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.