in

“Mungkin korang lah yang kami cari” – Syarikat Ini Tawar Gaji RM 150,000 Untuk Hisap Weed Setiap Hari?

Marijuana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia, kes pengambilan marijuana satu perkara yang serius, tapi berlainan pula dengan sesetengah negara luar.


Ada yang dapat menerima dan dijual secara umum sehinggakan ada syarikat ni sanggup nak hire orang dengan gaji  £28,000 (RM150,000) untuk hisap weed je. Lapor The Sun.

 

Kerja buat review

Thesun1
Sumber : the sun

Kau ada? Sebuah syarikat ini menawarkan jumlah tersebut setahun hanya untuk hisap sahaja ganja tu. RM 150,000 tu kalau setahun,  mahu-mahu gaji sebulan RM 12,500!

Jawatan kosong itu diiklan kan secara online dalam satu platform tinjauan ganja di Amerika Syarikat, mereka mahukan seorang pengulas baru untuk menguji dan menulis tentang jenis-jenis ganja itu. Buat review lah ceritanya.

 

Kelayakan 

Thesun2
Sumber : the sun

Syarikat yang dikenali sebagai AmericanMarijuana.org mencari seseorang yang handal hisap marijuana, ciri-ciri calon yang mereka mahukan adalah calon haruslah mempunyai ilmu pengetahuan pasal ganja.

Menurut Dwight Blake, seorang kaunselor kesihatan perubatan berlesen yang menganjurkan pencarian tersebut, pengulas bertuah akan  mencuba “segala jenis produk yang hangat di pasaran” dan dibayar sehingga $ 3,000 (RM12,463.50) sebulan untuk hisap tu je.

Namun begitu, mereka bukanlah sewenang-wenangnya cari penghisap biasa, individu tersebut mestilah seorang influencerCalon juga harus berumur 18 tahun keatas dan menetap di Amerika Syarikat atau Kanada, dimana kedua-dua lokasi ini marijuana dah legal.

Untuk mohon, calon-calon haruslah menunjukkan satu portfolio iaitu sebuah video berdurasi 60 saat untuk calon jelaskan tentang minat mendalam pasal marijuana ni. Pendek kata, why should we hire you lah.

Kemudian, calon kena senaraikan enam jenis nama samaran marijuana, jadi mereka akan tahu calon-calon tu cakap pasal apa.

Dalam banyak-banyak offer kerja, yang ini lah paling pelik admin pernah jumpa.

 

Baca : “Betul high ni” – Lelaki Ini Terlupa Dia Pernah Sorok Ganja Dalam Hidung 18 Tahun Lepas Gara-gara Nak Seludup

Ganja

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.