“Mungkin balasan Allah sebab nak potong kemaluan..”- Safiey Illias Kemalangan, Kereta Mewah Yang Dipandu Remuk

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Memang benar malang tak berbau, dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja kita boleh ditimpa kemalangan.

Malam tadi pengasas produk kosmetik yang juga penyanyi lagu Syinta Gila, Safiey Illias dikhabarkan terlibat dalam kemalangan jalan raya..allahu.

Menerusi gambar yang dimuat naik di instagramnya, menampakkan kereta mewah berwarna biru muda yang dipandunya juga kelihatan remuk di bahagian depan.

Safiey plan nak potong kemaluan

Menerusi kapsyennya pada gambar tersebut Safiey berkata mungkin kemalangan tersebut merupakan balasan Allah kepadanya yang sebelum ini berniat ingin memotong kemaluan.

Lain kali nk beli kete baru jgn sebut depan kereta lama . Nanti dia merajuk ??? Mungkin ini balasan Allah kepadaku kerana mahu nak potong kemaluan. Ampunkan aku ya Allah ??”

Gambar yang dimuat naik malam tadi itu sehingga kini mendapat hampir 40 ribu likes daripada pengikut Safiey.

Rata-rata mendoakan kesejahteraan dan keselamatan pengasas kosmetik itu, selain risau kos yang tinggi diperlukan untuk  membaiki kerosakan kereta mewah itu.

Tidak ketinggalan juga yang meninggalkan kata-kata nasihat dan pesanan kepada jutawan kosmetik itu supaya kembali ke pangkal jalan dan kemalangan tersebut merupakan peringatan daripada Allah.

Bro xyah potong, nanti sumpah ko menyesal.

Allah sayang lagi tu….

Moga diberi petunjuk dan hidayah….

Ni bukan balasan dik, ni baru friendly reminder.

Admin doakan semoga Safiey diberi kekuatan untuk teruskan kehidupan, life must go on kan tapi mungkin jugak boleh dengar sedikit nasihat daripada fans tersayang, tak salah.

Baca : Maafkan Apit mak ayah Sertai Kem Transgender Ebit Lew, Netizen Support Safiey Illias Untuk Istiqamah Berubah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.