Mulan Jameela, “Makhluk Tuhan Paling Seksi” Kini Selesa Berjubah & Bertudung Labuh

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kamulah makhluk Tuhan, yang tercipta yang paling sexy, cuma kamu yang bisa, membuatku terus menjerit.

Hatimu sexy itu terbukti, dari caramu memeluk hatiku, jantungmu sexy itu terbukti, dari caramu cemburu padaku..

Ingat tak lagi lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ yang suatu ketika dahulu cukup popular dan menjadi siulan khususnya anak-anak muda.

Penyanyinya, Mulan Jameela cukup cantik malah dikenali sebagai penyanyi Indonesia yang berimej seksi dan mempunyai liuk lentok yang cukup menggoda.

 

Mulan Jameela tampil dengan imej baharu bertudung labuh

Namun itu kisah lama, kini Mulan Jameela lebih selesa tampil dengan imej menutup aurat, bertudung labuh dan mengenakan busana yang ‘patuh syariah’.

Tiada lagi imej seksi yang ditampilkan penyanyi tersebut, malah di instagramnya juga dia kelihatan gembira dengan imej baharunya, malah Mulan kelihatan cukup manis dan jelita dengan imej baharunya itu.

 

Bukan pakai busana labuh je, Mulan siap pakai stokin lagi

Mulan kelihatan juga kelihatan sangat manis dan cantik dengan busana serta hijab labuh yang menutupi tubuhnya.

Isteri kesayangan kepada Ahmad Dhani ini juga lengkap mengenakan stokin bagi menutupi kakinya.

Biarpun mengenakan jubah dan hijab labuh, tetapi dengan sedikit sentuhan moden menjadikan busana yang dipakai Mulan cukup cantik.

 

Mulan berdakwah di instagram

Malah Mulan yang mempunyai pengikut seramai 1.1 juta di instagram juga, turut berkongsi dakwahnya sesuai dengan imejnya yang tampil lebih muslimah..haa baguslah macam tu 🙂

Imej penyanyi itu juga kini disambut baik peminat-peminatnya yang rata-rata memuji perubahan penyanyi tersebut.

 

Alhamdulillah, kan bagus berubah ke arah yang lebih baik! Love Mulan 🙂

Baca : Throwback: 13 Band Femes Ini Imbas Kembali Zaman Muda-Mudi Korang Tahun 90an

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.