in

“Mohon bertenang semua” – Bekas Menteri Besar Terengganu Nafi Hospital Bersalin Razif Miliknya

Syaz Ft 2024 12 12T154924.961

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh mengenai isu jenazah bayi dibekukan, banyak pihak yang kini terkesan dengan isu itu. Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) juga menyatakan mereka akan melakukan siasatan tentang kes itu.

Terbaru, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Razif Abd. Rahman terkejut apabila beliau diserang netizen yang menuduh dirinya merupakan pemilik Hospital Bersalin Razif (HBR) yang merupakan lokasi kes tersebut.


Artikel berkaitan: “Dia tidak berkahwin” –  Hospital Bersalin Razif Keluarkan Kenyataan Isu Jenazah Bayi Dibekukan

Artikel berkaitan: “Mari aku saman dia” –  Peguam ‘Kotak Pensel’ Mahu Bantu Ibu Bapa Adik Adham, Bakal Saman Pihak Terlibat

1 2

Cats 11

Beliau menjelaskan hospital swasta yang terletak di Klang, Selangor tersebut bukan miliknya walaupun mempunyai persamaan nama dengannya.

“Mohon bertenang semua. Bertalu-talu saya terima mesej dan komen di media sosial, ramai pakat marah saya.

Saya bukan pemilik Hospital Bersalin Razif. Salah orang itu, saya cuma ada Pusat Rehabilitasi Kuala Nerus,” katanya.

Menurut laporan Kosmo!, beliau juga menegaskan beliau tidak memiliki sebarang kepentingan mahupun pemilikan saham dalam mana-mana hospital bersalin setakat ini.

Sebelum ini, tular kisah satu mayat bayi lelaki didakwa ‘ditahan’ dalam peti mayat di sebuah hospital swasta dipercayai selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk menuntut jenazah tersebut.

Sumber: Kosmo!, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.