“Meriahnya malam tujuh likur deme yob!” – Penduduk Kg. Ribu di Kuala Kangsar Susun 2,000 Pelita Berbentuk Taj Mahal

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sedar tak sedar, kita dah masuk hari-har terakhir Ramadhan dah pun.

Dalam budaya Melayu, ketibaan malam tujuh likur memang dinanti-nantikan setiap orang — kerana waktu inilah setiap rumah akan dihiasi sinaran cahaya lampu pelita.

Lebih banyak pelita dipasang, lebih meriah rasanya. Bagi kebanyakan dari kita, bahang kemeriahan Syawal bermula dengan terangnya sinar pelita panjut di halaman rumah.

Nak dijadikan cerita, kemeriahan malam tujuh likur di Kampung Ribu, Kuale Kangso ni lain macam sikit.

Biasanya orang lain pacak pelita ala kadar sepanjang laluan masuk ke rumah je, ni deme susun pulak tinggi menggunung siap bertema-tema bagai!

Difahamkan, sebanyak 2,000 pelita dipasang bagi memeriahkan lagi bulan Ramadan pada tahun ini dan ini adalah kali ke-6 penduduk kampung berkenaan membuat panjut.

Sebenonye, baguih jugak buat macam ni — kerana selain mengeratkan silaturrahim dan memupuk muafakat, aktiviti seumpama ini juga dapat memberi pendedahan kepada generasi sekarang mengenai tradisi turun temurun tok nenek moyang kita dulu.

Selain tu, bila buat macam ni jugak — lagi la orang kampung tak sabo nak balik beraya kan?

 

Baca: Senarai 15 Iklan Raya Untuk Tahun 2019 Ni…Iklan Maxis Paling Sebak!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.