in

“Merayu pengawal untuk tolong” – [VIDEO] Sekumpulan Lelaki Mabuk Rempuh Masuk Kolej Wanita & Cabul Secara Besar-Besaran!

Rempuh Pagar

Melalui sebuah video dahsyat yang tersebar di internet, India Today melaporkan sekumpulan lelaki merempuh pagar untuk memasuki festival kebudayaan yang dipenuhi kaum wanita dengan niat melakukan serangan seksual terhadap mereka.

Menurut pelajar di Kolej Gargi, sekumpulan lelaki yang telah merempuh masuk kampus mereka itu bukanlah pelajar lelaki di situ. Difahamkan kumpulan itu terdiri daripada lelaki pertengahan usia dan dalam keadaan mabuk. Seorang pelajar berkata,

Mereka merupakan lelaki pertengahan usia, mabuk, mengganggu, mencabul dan beronani depan kami… Saya diraba tiga kali oleh sekumpulan lelaki ketika dikerumuni dan apabila saya menjerit, mereka ketawakan saya…”

Seorang pelajar lain turut berkata ketika kejadian dia nampak ada beberapa trak yang berhenti dan menurunkan sekumpulan lelaki di kolej itu. Mereka itu semua terus merempuh masuk kawasan kampus kira-kira jam 4.30 petang dan meraba pelajar perempuan secara rambang.

Pengawal keselamatan juga dikatakan tidak berbuat apa-apa untuk cuba memberhentikan lelaki itu semua daripada terus mencabul dan menyerang pelajar wanita. Sebaliknya, mereka hanya berdiri dan menyaksikan sekumpulan lelaki yang berjaya merempuh masuk itu ‘buat kerja’ mereka.

Groups Of Drunk Men Break Through All-Women's College To Molest &Amp; Sexually Assault Them - World Of Buzz

Pihak pengurusan kolej telah mengupah bouncers atas tujuan keselamatan. Pihak pengawal keselamatan juga ada berdiri dan menyaksikan kejadian itu.”

Kawan saya yang telah dicabul berlari ke arah pengawal keselamatan dan merayu supaya dibantu namun dia langsung tidak bergerak.”

Disebabkan itu, semua pelajar di kolej tersebut telah mengadakan protes ke atas pihak pengurusan kerana tidak melindungi mereka daripada kejadian jenayah seksual. Apatah lagi jelas bahawa kakitangan keselamatan mereka sendiri yang telah melanggar peraturan dan mengabaikan tugas untuk menjaga keselamatan.

Polis New Delhi dilaporkan telah menahan 11 orang yang dikaitkan dengan kes itu namun tidak dinyatakan sama ada lebih ramai yang akan ditahan atau tidak.

Sejak kes itu berlaku ramai yang berdebat di media sosial dan ramai yang tertanya bagaimana kolej wanita boleh biarkan perkara sebegitu berlaku.

Baca: [Video] Rakaman Rumah Pesakit Coronavirus Dikimpal Supaya Mati Kebuluran

Wuhan3