in

“Menjerit-jerit lapar” – Anak & Ibu Warga Emas Terpaksa Merintih Minta Bantuan Jiran Sebab Dah Uzur

Wargaemas4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan sudah semestinya satu amalan yang patut kita ikuti dan lebih bagus jika kita mengajak orang ramai untuk melakukannya.


Jika, sesiapa yang menetap berhampiran dengan kawasan Seksyen 1, Wangsa Maju ni, boleh lah ke rumah jiran Ika ni untuk bantu anak & ibu warga emas ni.

 

Hari-hari menjerit lapar

Mereka tinggal berdua sahaja, menurut Ika mereka selalu menjerit minta bantuan membelikan makanan, dan kadang-kadang menjerit kelaparan.

https://twitter.com/nnshafika/status/1146269971791659012

Difahamkan umur ‘si nyonya’ tu sekitar 80 tahun dan anaknya sekitar 40-an. Keadaan mereka dah ‘tak kuat’ untuk bekerja. Nak berdiri pun susah.

Ketika mereka menjerit-jerit kelaparan, Ika selalu bagi makanan kepada mereka. Tapi, adakalanya Ika akan sibuk sehari suntuk, disebabkan itulah Ika menyeru kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada mereka ni.

Mereka ni tak makan pedas, dan stok makanan kering ada banyak di rumah mereka. Takkanlah hari-hari nak makan biskut kering kan?

Jadi, tak digalakkan lah untuk berikan makanan kering, seeloknya berikan makanan yang dah siap.

Ika

Kalau korang yang berhati mulia nak tolong dia, ini pesanan Ika kalau dah sampai rumah.

 

Kalau korang yang nak datang tolong, Korang..

Ika2

Kata Ika lagi, mereka ada sahaja dapat bantuan kewangan daripada orang luar tapi kalau nak buat makan luar hari-hari memang tak cukup. Cuma dengan keadaannya yang membuatkan dia terpaksa meminta tolong orang lain untuk belikan makanan.

Kalau ada yang berhati mulia sudi nak menghulurkan bantuan, boleh lah ke rumah nya di alamat yang tertera di atas.

 

Baca : “Sabar ye nanti cikgu belikan pakaian baru” – Guru Luah Kesusahan Sekolah Pedalaman, Pertikai Tak Dapat Dana Sebanyak ‘Sekolah Bandar’

Sekolahbandar

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.