in

“Mengamuk tak tentu pasal” – Ambulan Berhenti Tepi Jalan Nak Ambil Pesakit, Pemandu Mercedes Suruh ‘Blah’ Sebab Dia Nak Lalu

Driver Merc

Seorang pemandu yang pentingkan diri dirakam sedang mengamuk dan memarahi pasukan paramedik kerana memberhentikan ambulan.

Menurut The Sun, kejadian itu berlaku di barat London baru-baru ini di mana ambulan tersebut berhenti di Hogarth Road untuk mengambil pesakit yang perlukan rawatan.

Ambulan1

Lelaki yang memandu kereta Mercedes itu berada betul-betul di belakang ambulan dan dia dilihat terus keluar menuju ke arah pasukan paramedik. Kerana tidak sabar, dia suruh ambulan itu ‘berambus’ hanya sebab dia nak lalu dan teruskan pemanduan. Padahal ambulan itu berhenti dengan memasang siren.

Ambulan2

Dalam video yang viral di internet tu boleh nampak pemandu yang lain semua bersabar dan tunggu urusan paramedik selesai. Hanya lelaki yang memakai t shirt dan seluar pendek itu saja yang tiba-tiba keluar dan mengamuk.

Walaupun nampak ada pesakit yang perlu dipindahkan ke dalam ambulan dia tidak peduli dan menunjukkan isyarat tangan sambil memarahi mereka. Seorang anggota bomba yang turut membantu ketika itu kemudian dilihat menuju ke arah lelaki itu yang sudah kembali ke kereta dan cuba menerangkan apa yang berlaku.

Ambulan3

Ambulan5

Video itu dimuat naik oleh seorang lelaki bernama Henry Beckles di Facebook dan sehingga kini sudah mendapat lebih 10,000 perkongsian dengan 2,300 komen dari netizen. Seorang netizen berkata,

Sangat kurang ajar. Ambil no plat kereta dia dan buat laporan polis. Ini dikira mengganggu tugas pasukan paramedik dan kecemasan.”

So this knob decides to go right up behind a parked ambulance with flashing blue and red lights on and then proceeds to…

Posted by Henry Beckles on Saturday, May 9, 2020

Tak tahan nak terberak ke apa sampai mengamuk macam tu sekali. Cuba bawak bersabar di bulan puasa ni. Eh?

Baca: “Kalau aku, baling je kat kereta dia” – Pemandu Biadap Jatuhkan Kon Orang Turap Jalan, Bengang Sebab Jammed

Kon4

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook