“Menantu 30. Saya 26!” – Netizen Teruja Tengok Family Ni, Umur Menantu Lagi Tua Dari Mak Mertua! Acaner Tu?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang pernah tak ada pengalaman bila abang ipar atau kakak ipar lagi muda dari korang? Ataupun lagi legend, bila mak mertua korang lagi muda dari korang! Aikk ada ke macam tu pulak? 

Baru-baru ni, viral di Twitter apabila seorang wanita berkongsi kisah menariknya bila si menantu dan anak katanya saing-saing umur je dengan dia! Lagi best bila dia beritahu, menantunya pulak tua 4 tahun dari dia tu. Whaaat?

 

“Hari ni anak tiri saya baru kahwin. Dia 21. Menantu 30. Saya 26” 

Menurut wanita yang digelar Meyya ni, anak tirinya baru je berkahwin tak lama dulu. Umur anak tirinya tu baru 21 tahun dan menantu pulak 30 tahun. Nak tahu umur Meyya berapa? Baru 26 tahun weiii!

Sumber: Twitter

 

“Aku kureng suka address them as anak tiri. Sebab aku betul-betul sayang dia orang macam anak sendiri” 

Meyyah ni admin boleh gerenti, dia bukan sejenis mak tiri macam dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah tau. Dia sendiri mengaku yang dia tak suka panggil anak tiri dia ‘anak tiri’.

Untuk pengetahuan korang semua, Meyyah ni actually baru je kahwin dengan suaminya dua bulan lepas. Cukup 2 bulan kahwin, tetiba dah dapat menantu pulak. Gitew!

Sumber: Twitter

 

“Stylenya mak anak umur saing-saing je. Mesti boleh gi jalan, gi shopping, gi lepak sama-sama macam kawan-kawan” 

Rata-rata netizen memang salute habislah dengan Meyya sekeluarga ni! Best juga bila dapat mak tiri yang muda. Dapat sembang-sembang macam kawan sendiri, plus silap-silap dapat anak pun sekali! Apa-apapun semua dah ditetapkan Allah sebagai jodoh, tak kira tua mahupun muda.

Sumber: Twitter

Kalau dah jodoh… tua muda tak penting kan? Yang penting cinta dan kasih sayang! 

Baca: “Sorry Abi I never meant to let you down..” – Peritnya Baca Luahan Anak Dari Keluarga Berpecah-Belah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!