in

“Memang patut pun mengamuk macam tu” – Majikan Lambat Bayar Gaji, Pekerja Mengamuk Di Tempat Kerja

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang majikan tak kesah dalam apa-apa pekerjaan sekalipun mesti jaga kebajikan semua pekerja. Jangan sampai gaji pekerja dibayar lambat atau tak dibayar langsung. Kesian mereka nanti.


Viral di di Facebook menerusi akaun Penang Kini yang memaparkan video berdurasi hampir seminit dimana seorang pekerja warga asing mengamuk sebab gajinya lambat dibayar oleh majikannya.

Pekerja pembinaan warga asing mengamuk di sebuah tapak projek di Tanjong Tokong. Gaji pekerja 3 bulan tidak berbayar. Majikan patut kena pikirlah, kerja semua yang diarahkan depa buat. Semua org ada komitmen dan keluarga utk diberi makan, desak pekerja utk kerja teruk2 tengah panas, tapi gaji susah nak bayar. Pekerja sudah naik gila.

Posted by Penang Kini on Thursday, March 12, 2020

Dipercayai kejadian tersebut berlaku di sebuah tapak projek Tanjong Tokong dan kelihatan pekerja tersebut menunjukkan rasa tak puas hatinya disebabkan majikan tak bayar gaji selama 3 bulan.

Dilihat menerusi video tersebut, dia sangat kesal atas tindakan majikannya yang tak bertanggungjawab itu.

Rata-rata netizen juga turut memberi pendapat atas tindakan majikan pekerja tersebut.

Jangan aniaya hak orang lain

Fbb1

Jangan main-main dengan gaji pekerja wahai majikan 

Fbb2

Apa-apa pun semoga nasib pekerja ni terbela. 

Baca : “Kau tak boleh tunggu kau keluar” – Video Viral Doc ‘Mengamuk’ Buat Netizen Simpati Dengan Nasib Doktor Kerajaan

D

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.