“Masa tu my liver & buah pinggang dah mula shut down” – Wanita Ini Mengaku Ambil Supplement Kurus, Dedah Kesan Dialaminya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kurus adalah sebahagian daripada definisi kecantikan yang telah lama diwujudkan dalam dunia wanita sejak dulu lagi.

Dan only recently since few years back, kita menyaksikan pandangan itu berubah apabila banyak giants dalam industri yang bersangkut paut mula melawan stigma tersebut untuk memasukkan lebih banyak target consumers dalam pasaran mereka.

Begitu juga halnya dengan keinginan untuk kurus dengan cepat dan mudah dalam kalangan masyarakat kita.

Kita dimomokkan, ‘kalau gemuk susah nak solat’ dan sebagainya — lalu kita dipujuk untuk consume produk sekian-sekian untuk kembali langsing dan menawan, tanpa perlu bersusah payah lari seround dua di Taman Tasik Metropolitan Kepong.

Memang ada benarnya, agak sukar untuk menunaikan ibadah dalam keadaan kita terpaksa bermengah-mengah untuk bangkit daripada sujud tapi matlamat tidaklah menghalalkan cara.

Kerana adanya keinginan untuk kurus dengan cepat dan mudah, maka hadirlah pelbagai produk-produk untuk membuang lemak untuk memenuhi kehendak golongan ini.

Dan kerana takjub untuk kurus, kita pun consume tanpa berfikir panjang kesannya kepada kesihatan tubuh kelak.

 

“Masa pregnancy dah ada komplikasi”

Seorang pengguna Twitter, @julesxanne berkongsi kisahnya yang pernah menjadi seorang pengguna tegar ubat kurus suatu ketika dulu.

Tidak pasti produk apa yang digunakannya tapi perbuatan itu berterusan diamalkannya sehinggalah dia mengalami komplikasi ketika mengandung.

Semuanya berubah apabila doktor mengesahkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi dengan baik, hinggakan air kencingnya bertukar warna seperti air teh!

Akibat daripada tindakannya itu, doktor turut menasihatkan supaya tidak makan sebarangan supplement tanpa consultation daripada pihak perubatan.

Kesal dengan pengalaman sendiri, dia turut menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan perkara yang sama kerana kini dia perlu sentiasa berhati-hati menjaga pemakanannya untuk fully recover.

 

“Dulu amik, now dah sakit kronik”

Komplikasi sampingan yang dialami oleh ‘pemakan tegar’ ubat kurus ni bukanlah perkara yang dibuat-buat sebenarnya, malah ramai juga yang terpaksa merana dan menanggung sakit seumur hidup kerana berani mengambil ubat sebarangan.

Macam yang turut dikongsi oleh beberapa pengguna Twitter lain ni.

Takut juga bila baca kesan-kesan sampingan akibat pengambilan ubat kurus kepada badan kan?

Tapi masih ramai yang berdegil dan terus mengamalkan pengambilan ubat-ubatan tanpa kelulusan ni dengan menggunakan alasan ‘seller kata selamat untuk digunakan.’

Dah namanya pun seller, tentulah matlamatnya cuma satu — iaitu untuk melariskan jualan produk overclaim masing-masing.

Tepuk dada, tanyalah selera.

 

Baca: Dari 152kg Ke 99kg, Pemuda Ini Tunjuk ‘Journey’ Dia Hilang 50kg Dalam Masa Setahun..Kurus & Fit!

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.